Skip to main content
Advertisement

Berita Tempatan

Tonton Filem, Lepas Tu Aksi 'Hidup' Depan Mata! ‘The Quiet Ember Vol. #1’ Gabung Teater & Lagak Ngeri

Tonton Filem, Lepas Tu Aksi 'Hidup' Depan Mata! ‘The Quiet Ember Vol. #1’ Gabung Teater & Lagak Ngeri

Sekilas

  • 'The Quiet Ember Vol. #1' adalah acara gabungan tayangan empat filem pendek dengan persembahan teater, monolog, sketsa dan aksi lagak ngeri secara langsung dari 18 hingga 20 September 2026 di Revolution Stage Studio.
  • Empat filem yang dipertontonkan ialah 'Paksi', 'Pelangi Selepas Hujan', '0112' dan tayangan perdana 'Switch', masing-masing membawa genre dan konflik unik yang diterjemah ke dalam persembahan pentas.
  • Acara ini bertujuan memberi pengalaman berbeza kepada penonton serta ruang eksperimental untuk pembikin filem dan penggiat seni tempatan, dengan kapasiti 40 penonton setiap sesi dan tiket bermula RM25.
Advertisement

Bukan sekadar duduk dan menonton layar, penonton bakal dibawa menikmati pengalaman berbeza apabila empat filem pendek digabungkan dengan persembahan teater, monolog, sketsa serta aksi lagak ngeri secara langsung menerusi ‘The Quiet Ember Vol. #1’.

Berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 September 2026 di Revolution Stage Studio, acara anjuran Z Core Entertainment itu bakal menampilkan tiga tayangan semula serta satu tayangan perdana.

Advertisement

Menariknya, setiap persembahan pentas yang dipersembahkan akan mempunyai kaitan dengan tema dan konsep filem yang ditayangkan.

Pendekatan itu membolehkan konflik, emosi serta elemen daripada karya di layar diterjemahkan semula dalam bentuk persembahan langsung di hadapan penonton.

Menurut penganjur utama merangkap pengarah Z Core Entertainment, Zulhazwan, konsep tersebut diwujudkan bagi menawarkan pengalaman berbeza kepada peminat filem pendek.

“Persembahan pentas akan berkait dengan filem yang ditayangkan berdasarkan tema dan konsep setiap karya. Kami mahu penonton bukan sekadar menyaksikan cerita di layar, tetapi turut merasai elemen dan emosi karya itu menerusi persembahan secara langsung,” katanya.

Empat karya yang dipilih ialah ‘Paksi’, ‘Pelangi Selepas Hujan’, ‘0112’ dan ‘Switch’, masing-masing membawa genre serta konflik tersendiri.

‘Paksi’ merupakan drama thriller mengenai seorang lelaki yang mencari makna kehidupan, namun terus dihantui ingatan terhadap kata-kata keras bapanya sehingga mempengaruhi perjalanan emosinya.

‘Pelangi Selepas Hujan’ pula membawa genre tragedi dengan mengisahkan seorang ibu yang terjaga daripada tidur sebelum cuba mengingati apa yang telah berlaku. Sedikit demi sedikit, dia mula menyedari kemungkinan dirinya telah melakukan sesuatu yang gelap.

Sementara itu, thriller ‘0112’ mengetengahkan seorang lelaki yang berdepan kemurungan dan hubungan bersama kekasihnya menyebabkan keadaan fikirannya semakin bercelaru.

Persoalan kemudian timbul mengenai sejauh mana dia mampu mengawal dirinya sebelum insan yang disayangi menjadi mangsa.

Melengkapkan empat karya berkenaan ialah ‘Switch’ yang bakal membuat tayangan perdana.

Filem aksi itu mengisahkan seorang lelaki yang diburu selepas mencuri sebuah pemacu pena mengandungi maklumat penting kerajaan.

Pasukan pakar kemudian dihantar untuk memburunya, namun operasi berkenaan akhirnya membawa kepada pembongkaran sebuah rahsia lebih gelap.

Elemen aksi dalam karya yang dipertontonkan turut dibawa keluar daripada layar apabila penonton berpeluang menyaksikan sendiri persembahan lagak ngeri secara langsung.

Segmen teater pula diarahkan Aidil Rosli dan dibintangi Qiu Qatina, Hazzy Alzeeq serta Ash Ramzi.

Menurut penganjur, ‘The Quiet Ember Vol. #1’ turut diwujudkan sebagai ruang eksperimental buat pembikin filem serta penggiat seni tempatan untuk mempersembahkan karya melalui pendekatan berbeza, selain mempertemukan mereka dengan penonton.

Acara tersebut berlangsung dari pukul 8 malam hingga 10 malam dengan kapasiti hanya 40 penonton bagi setiap sesi.

Tiket ditawarkan pada harga RM25 untuk pelajar, RM30 bagi pembelian awal dan RM35 untuk pembelian pada hari acara menerusi laman sesawang Revolution Stage.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Must Watch Video

Advertisement