Skip to main content

Filem

Tonton TERBANG Buat Karamjit Singh Imbau Perjuangan Jadi Juara Dunia – “Kami Tak Pernah Mengaku Kalah…”

Tonton TERBANG Buat Karamjit Singh Imbau Perjuangan Jadi Juara Dunia – “Kami Tak Pernah Mengaku Kalah…”

Sekilas

  • Legenda rali Malaysia, Karamjit Singh, berasa bangga dengan filem TERBANG yang mengangkat kisah sebenar perjalanan dan kejayaannya bersama pasukan Malaysia sehingga bergelar juara dunia.
  • Filem ini menonjolkan semangat kerja berpasukan antara pemandu, co-driver, dan mekanik yang menjadi kunci kejayaan mereka di pentas antarabangsa.
  • TERBANG akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 17 September dan diharapkan dapat memberi inspirasi kepada penonton tentang semangat tidak mudah menyerah kalah.
Advertisement

Legenda rali negara, Karamjit Singh tidak dapat menyembunyikan rasa bangga selepas menyaksikan filem TERBANG yang diinspirasikan daripada perjalanan dirinya bersama pasukan Malaysia sehingga bergelar juara dunia.

Menurut Karamjit, naskhah tersebut cukup bermakna buat dirinya kerana bukan sekadar mengangkat kisah peribadinya, malah memaparkan semangat kerja berpasukan yang menjadi tunjang kejayaan Malaysia di pentas antarabangsa.

Advertisement

“Sudah tentu, pertama sekali saya rasa sangat bangga dengan filem ini kerana ia berdasarkan kisah sebenar, bukannya rekaan.

“Ceritanya mengenai saya sehingga menjadi juara dunia dan juga mengenai pasukan. Kerja berpasukan, pasukan Malaysia, pemandu, ‘co-driver’, mekanik dan semuanya,” katanya   ketika ditemui pada malam gala TERBANG di TGV KLCC, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Karamjit turut menzahirkan penghargaan kepada bekas pengurus pasukannya, Datuk Abdul Razak Dawood yang disifatkan sebagai individu penting kerana mempercayai kebolehannya untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

“Saya mesti berterima kasih kepada Datuk Razak Dawood, pengurus pasukan yang percaya dengan kebolehan saya dan menghantar saya ke pentas antarabangsa.

“Kemudian kami buktikan di pentas antarabangsa bahawa kita juga boleh menewaskan mereka dan menjadi juara dunia,” ujarnya.

Tambah Karamjit, dia berharap perjalanan yang dipaparkan menerusi TERBANG dapat memberikan inspirasi kepada penonton terutama mengenai semangat tidak mudah menyerah kalah ketika berdepan cabaran.

“Saya harap semua orang akan pergi menontonnya dan mendapat inspirasi daripada filem ini kerana kami tidak pernah mengaku kalah sehingga ke penamat.

“Walaupun ada masa kereta mengalami kerosakan dan seolah-olah kami tidak boleh memenangi kejuaraan tersebut, kami berjaya melakukannya pada cubaan pertama pada tahun pertama,” jelasnya.

TERBANG arahan Chiu Keng Guan membawa kisah inspirasi perjalanan pasukan rali Malaysia yang diketuai Karamjit dalam membuktikan kemampuan anak tempatan di pentas dunia.

Filem yang dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon, Diana Danielle, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 17 September ini.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement