Skip to main content

Hiburan

Tracie Sinidol Lawan Rasa Trauma Naik Motor Demi Malaikat Malam - “Saya Pernah Kemalangan”

Malaikat Malam

Sekilas

  • Tracie Sinidol akui perlu atasi trauma lama akibat kemalangan motosikal ketika menjalani penggambaran filem Malaikat Malam.
  • Walaupun takut, Tracie tetap profesional dan komited memberikan lakonan terbaik bersama Syafiq Kyle dalam filem aksi ini.
  • Filem Malaikat Malam kini ditayangkan di pawagam dengan barisan pelakon mantap dan boleh diikuti di media sosial menggunakan #MalaikatMalam2026.

Pelakon, Tracie Sinidol mengakui dia perlu melawan rasa trauma yang ada dalam diri sewaktu menjalani penggambaran filem terbaharu lakonannya yang berjudul Malaikat Malam.

Kongsi Tracie, dia merupakan seorang yang takut untuk menunggang motosikal kerana trauma selepas terlibat dengan kemalangan satu ketika dahulu.

“Saya sebenarnya takut menunggang atau membonceng motorsikal kerana saya pernah mengalami kemalangan. Jadi saya trauma dengan kelajuan lebih-lebih lagi ketika menunggang motor.

“Bila di set pengambaran ini, ketika saya jadi pembonceng dan apabila motor itu masuk simpang automatik jantung saya berdegup kencang kerana saya takut dan saya pernah mengalami tujuh jahitan di bahagian dahi. Jadi saya amat trauma,” katanya kepada Gempak.

Walau bagaimanapun, Tracie tetap profesional dan komited memberikan terbaik bagi menjayakan babak bersama pelakon utama filem tersebut iaitu Syafiq Kyle.

“Bagaimanapun, sebagai seorang pelakon saya mahu lakukan yang terbaik dan tak mahu mengalah hanya disebabkan hal tersebut (trauma).

“Jadi saya cuba lakukan yang terbaik untuk filem aksi ini dan secara tidak langsung juga mencabar diri saya sebagai seorang pelakon,” kongsinya lagi.

Sekadar info, Malaikat Malam mengisahkan perjalanan hidup seorang ‘mat motor’ bernama Azam yang secara tidak sengaja melanggar seorang gadis buta, Ratna. Ia menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya. Namun, apabila dendam lama, pengkhianatan dan tragedi mula menghimpit, Azam terpaksa berdepan dengan realiti yang tidak dapat dielakkan. 

Filem yang mendapat sentuhan pengarah muda, Nazifdin Nasrudin menampilkan pelakon versatil Syafiq Kyle sebagai Azam, seorang pelumba jalanan dengan konflik emosi di sebalik kehidupan berisiko. Menerusi watak Azam, Syafiq Kyle buat pertama kalinya menyahut cabaran membawakan karakter seorang ‘mat rempit’, memperlihatkan transformasi lakonan yang lebih berani dan berbeza daripada penampilan sebelum ini. 

Turut menampilkan barisan pelakon mantap, termasuk Tracie Sinidol sebagai gadis buta, yang membawa dimensi tersendiri kepada cerita, serta kemunculan semula Que Haidar ke layar perak yang dinantikan ramai. Pelakon lain yang mencuri tumpuan ialah Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Akmal Asyraf dan Riezman Khuzaimi, yang menjanjikan kombinasi watak yang bertanaga dan meninggalkan kesan. 

Tiket filem Malaikat Malam sudah boleh didapatkan di seluruh pawagam berdekatan anda bermula hari ini. Gunakan #MalaikatMalam2026 di semua platform digital dan ikuti perkembangan dan info terkini filem di akaun media sosial Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw, Primeworks Studios.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Must-Watch Video

Advertisement