Skip to main content

Viral

Trauma Powerbank Meletup Ketika Dicas, Individu Ini Nasihat Jangan Overcas - “Tak Hirau Tangan Melecur, Fikir Nak Padamkan Api Je”

Trauma Powerbank Meletup Ketika Dicas, Individu Ini Nasihat Jangan Overcas

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila powerbank miliknya meletup dan terbakar ketika sedang dicas di dalam bilik tidur, menyebabkan kulitnya melecur.

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, wanita yang dikenali sebagai Najihah itu tersebut menceritakan pengalaman pahit tersebut dan berharap menjadi pengajaran buat semua.

Advertisement

Menurutnya, ketika kejadian berlaku, dia sedang berehat sambil melayari laman Facebook apabila terdengar bunyi kuat seperti letupan.

“Ceritanya begini, masa tu pukul 2 petang, saya tengok bateri powerbank tinggal 70 peratus, jadi saya sambung caj nak cukupkan 100 peratus. Saya letak di tepi printer atas karpet putih.

“Dalam pukul 2.15 petang macam tu, saya terdengar bunyi letupan kuat macam bom, lepas tu keluar api warna merah oren. Saya menggigil ketakutan sebab waktu tu powerbank berada betul-betul di sebelah lengan saya,” coretnya.

Akibat letupan itu, sebahagian kulit lengannya turut terkena percikan api menyebabkan melecur ringan.

Walaupun panik, Hidayah cepat bertindak dan berusaha memadamkan kebakaran kecil tersebut dengan pantas.

“Alhamdulillah, saya cepat berfikir dan terus ambil kain basah serta air satu baldi sebab bilik saya bersebelahan dengan bilik air. Nasib baik dekat, kalau jauh, mungkin api dah marak.

“Saya tak hiraukan tangan saya yang melecur, saya cuma fikir nak padamkan api saja. Asap hitam berkepul kepul waktu itu. Jiran jiran tak ada sangat sebab kebanyakkan bekerja.

“Saya penganggur berjaya, suami sahaja bekerja, cuma saya berniaga online je. Kadang-kadang kaya, kadang-kadang tiada order begitulah,” kongsinya.

Dalam pada itu, Hidayah juga turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika mengecas peranti elektronik, khususnya powerbank.

“Alhamdulillah api pun berjaya dipadamkan oleh saya, sebab saya mampu berfikir dalam keadaan panik. Kalau orang lain saya tak tahu lah macam mana kan.

“Mungkin tak boleh berfikir sebab terkejut tengok api merah menyala depan mata. Selepas itu barulah saya tutup semua suis plug menggunakan kain yg kering.

“Nak bagitahu powerbenk saya ini agak mahal jugak ya. Dalam harga RM70 ke RM100 lebih macam tu, guna dari 2022 atau 2023.

“Mungkin meletup sebab dah lama guna, mungkin sebab cuaca panas, mungkin sebab atas karpet, mungkin sebab overcas.

“Jadi pengajaran dekat sini, korang hati-hati tau nak cas powerbank, telefon dan sebagainya. Tolong jangan salahkan brand tau.

“Saya kongsi hanya nak buat pengajaran. Jangan cas atas karpet. Cas di tempat selamat. Jangan overcas.

“Sampai harini saya trauma. Saya dah tak gunakan mana-mana powerbenk. Saya sekarang kalau cas telefon, akan duduk depan phone takut keluar api ke apa kan,” tulisnya.

Must-Watch Video

Advertisement