Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Trend Gambar ‘80s’ Zahnita Wilson Bersama Lelaki Berjambang Raih Perhatian Ramai - “Saya Ada Seorang Lelaki Yang Menyayangi Saya Setiap Hari”

Trend Gambar ‘80s’ Zahnita Wilson Bersama Lelaki Berjambang Raih Perhatian Ramai - “Saya Ada Seorang Lelaki Yang Menyayangi Saya Setiap Hari”

Sekilas

  • Trend AI menukar gambar ke era 80-an kini tular dalam kalangan selebriti dan pempengaruh media sosial, termasuk pelakon dan usahawan Zahnita Wilson.
  • Zahnita berkongsi gambar bersama seorang lelaki berjambang yang dikatakan sentiasa menyayangi dan membuatnya bahagia di Instagram.
  • Netizen memberikan sokongan dan doa kebahagiaan kepada Zahnita yang pernah berkahwin dan mempunyai empat anak hasil perkahwinan terdahulu.
Advertisement

Sejak beberapa hari ini, tularnya trend dilakukan golongan selebriti dan pempengaruh media sosial yang meminta Artificial Intelligence (AI) menukar gambar mereka balik tahun 80-an.

Terbaharu, pelakon dan usahawan, Zahnita Wilson turut tidak ketinggalan melakukan trend itu dan memuat naik hasil gambar tersebut di Instagram miliknya.

Advertisement

Apa yang menyorot perhatian ramai, Zahnita dilihat bergambar bersebelahan dengan seorang lelaki berjambang.

Di ruangan kapsyen, Zahnita memaklumkan kehadiran lelaki yang sentiasa menyayangi itu membuatkan dirinya semakin gembira dan bahagia.

“Awak lihat lebih gembira sekarang.

“Saya mempunyai seorang lelaki berjambang yang mempunyai mata dan senyuman yang sangat indah serta menyayangi saya setiap hari,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat perkongsian itu dan mendoakan Zahnita berbahagia hingga ke akhir hayat.

Untuk rekod, Zahnita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor pada 2005 sebelum bercerai pada Ogos 2025.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahlia Syawwal, 9, dan Abd Zayden Ghouse, 5 tahun.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement