Skip to main content

Hiburan

Trend TikTok ‘Hai Orang Baru’ Undang Kecaman, Balu Abam Bidas Netizen – “Saya Tak Akan Lupa Arwah Sampai Bila-Bila”

dfvdf

Sekilas

  • Balu pelawak Abam Bocey, Hidayah Hamzah, memuat naik video TikTok yang memaparkan kenangan bersama arwah dan gambar kekasih barunya, mencetuskan perdebatan netizen.
  • Ramai netizen mengkritik tindakan itu sebagai tidak wajar, manakala sebahagian lain mempertahankan hak Hidayah untuk mencari kebahagiaan baru.
  • Hidayah memberi respons agar orang ramai tidak membuat andaian dan menegaskan dia tidak akan lupa arwah suaminya walaupun sudah ada pasangan baru.

Tindakan balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey, Hidayah Hamzah memuat naik satu perkongsian di TikTok mengundang perdebatan dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian tersebut, Hidayah memuat naik beberapa keping foto yang disusun mengikut naratif, bermula dengan gambar bersama Allahyarham Abam sebelum memaparkan foto pusara arwah dengan tulisan di foto tertulis ‘sampai jumpa, goodbye sayang’.

Perkongsian itu kemudiannya disusuli dengan satu lagi foto bersama lelaki yang dipercayai kekasih baharunya, disertakan tulisan ‘hai orang baru’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dan menganggap kandungan tersebut tidak wajar.

“Kalau ditakdirkan suami aku pergi dulu, aku tak mungkin buat video macam ni sebab dalam hidup aku hanya ada satu kali pernikahan dengan seorang sahaja.

“Jumpa orang baru tak kesah pun kak, yang salah tu kak buat trend benda ni guna gambar arwah yang dah tak ada. Maksud akak macam mana tu?,” komen beberapa netizen.

Namun begitu, ada juga yang tampil mempertahankan dan berpendapat Hidayah berkenaan berhak mencari kebahagiaan baharu tanpa perlu dipersoalkan.

“Dia berhak cari kebahagiaan baru. Bukan bermakna dia lupakan yang sudah tiada.

“Yang pergi biarlah pergi, yang hidup ni masih berhak untuk hidup bahagia. Lantaklah dia nak buat apa pun, janji tak usik duit korang sesen pun,” tulis beberapa netizen.

Susulan kecaman tersebut, Hidayah tampil memberi respons dan meminta orang ramai agar tidak membuat andaian tanpa mengetahui keadaan sebenar.

“Alahai, komen pun jangan buat andaian sendiri kalau kita tak tahu. Mendoakan jauh lebih baik. Saya tak akan lupa arwah sampai bila-bila walaupun ada pasangan.

“Arwah tetap ayah kepada anak saya Hamzah dan tetap menjadi suami saya di syurga. Allah lebih mengetahui. Doa yang baik-baik,” tulisnya.

Untuk rekod, Hidayah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Abam pada 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia enam tahun.

Industri hiburan tempatan dikejutkan dengan pemergian Abam yang meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari 2020.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

Must-Watch Video

Advertisement