Skip to main content

Kejohanan Antarabangsa

Trisha Ooi & Amir Harris Menang, Malaysia Bersinar Di All Star Championship Dubai

Astro Gempak dubai (5)

Sekilas

  • Kejohanan All Star Championship: Dubai Edition menggabungkan sukan, hiburan dan media sosial dengan penyertaan 16 peninju dari tujuh negara termasuk Malaysia.
  • Peserta bukan atlet profesional menunjukkan komitmen tinggi dan persembahan kompetitif, dengan beberapa pemenang membawa pulang tali pinggang dan hadiah wang tunai.
  • Edisi Malaysia dijadualkan November ini, dengan rancangan untuk menjadikan kejohanan ini acara tahunan dan memperluaskannya ke negara lain.

Kejohanan All Star Championship: Dubai Edition mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya menggabungkan dunia sukan, hiburan dan media sosial dalam satu platform bertaraf antarabangsa.

Berlangsung di Round 10 Boxing Club, Dubai pada 3 Mei lalu, kejohanan tersebut menghimpunkan pempengaruh dan selebriti dari pelbagai negara untuk berentap dalam gelanggang tinju kompetitif yang jarang dilihat sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif All Star Influencer Award (ASIA), Abd Rahman Soltan berkata, penganjuran tersebut dirancang secara teliti sejak beberapa bulan lalu bagi memastikan keseluruhan acara berlangsung lancar.

“Alhamdulillah, secara keseluruhan penganjuran berjalan dengan sangat lancar dan memenuhi jangkaan kami. Setiap perincian telah diteliti sejak awal bagi memastikan kualiti penganjuran berada pada tahap terbaik,” katanya.

Sebanyak 16 peninju dari tujuh negara termasuk Malaysia, Indonesia, Jepun, Vietnam, Singapura, Maghribi dan Rusia mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Antara perlawanan yang menjadi tumpuan ialah kemenangan Trisha Ooi yang menewaskan Dinda Anwar dari Indonesia, selain kemenangan Amir Harris ke atas wakil Singapura, Ridhwan.

Turut mencuri perhatian ialah aksi peninju Rusia, Bombitta yang meraih dua kemenangan sepanjang kejohanan.

Menerusi kemenangan tersebut, para juara membawa pulang tali pinggang rasmi All Star Championship serta hadiah wang tunai.

Mengulas prestasi peserta, Abd Rahman menyifatkan komitmen yang ditunjukkan amat membanggakan walaupun majoriti peserta bukan atlet profesional.

“Saya amat berpuas hati dengan prestasi mereka. Walaupun bukan atlet profesional, para peninju menunjukkan disiplin tinggi serta kesungguhan sepanjang latihan dan persiapan.

“Mereka membuktikan bahawa dengan dedikasi yang betul, pempengaruh dan selebriti juga mampu memberikan persembahan yang berkualiti dan kompetitif di dalam gelanggang,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pihak penganjur mengesahkan edisi Malaysia bakal berlangsung pada November depan dan proses pemilihan peserta kini sedang dijalankan.

“Proses pemilihan sudah bermula dan kami sedang menilai beberapa pempengaruh serta selebriti yang berpotensi.

“Kami mahu memastikan peninju yang dipilih benar-benar bersedia dari segi fizikal dan mental,” ujarnya.

Melihat kepada sambutan positif di Dubai, pihak penganjur turut merancang untuk memperluaskan kejohanan tersebut ke negara lain pada masa akan datang.

“Sememangnya ada perancangan untuk menjadikannya sebagai acara tahunan. Pada masa sama, kami juga meneliti peluang untuk membawa All Star Championship ke negara lain.

“Kami percaya konsep gabungan hiburan, sukan dan digital ini mempunyai potensi besar di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.

Selain aksi di gelanggang, kejohanan itu turut mencuri perhatian di media sosial apabila kandungan berkaitan perlawanan tular di platform seperti TikTok dan Instagram.

Pendekatan menggabungkan sukan dengan dunia digital dilihat berjaya menarik minat generasi muda serta membuka peluang baharu dalam industri hiburan sukan moden.

Anda mungkin berminat dengan

Jies High Waist Retro Scimitar Wide Leg Jeans - Blue P096

Jies High Waist Retro Scimitar Wide Leg Jeans - Blue P096

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

Size 28-40👖Seluar kerja kargo lelaki 6 poket seluar slack 👉Guna tali pinggang 👉premium kualiti eksport 👉Promosi gila

Size 28-40👖Seluar kerja kargo lelaki 6 poket seluar slack 👉Guna tali pinggang 👉premium kualiti eksport 👉Promosi gila

12 inches Round Metallic Foil Party Decoration Balloon (10pcs) 19459

12 inches Round Metallic Foil Party Decoration Balloon (10pcs) 19459

Big Size [ 28-48 ] Seluar Lelaki Kerja Kargo | Straight Cut | Slack 6 Poket Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket Seluar

Big Size [ 28-48 ] Seluar Lelaki Kerja Kargo | Straight Cut | Slack 6 Poket Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket Seluar

Must-Watch Video

Advertisement