Skip to main content

Viral

Trisha Ooi Wakili Malaysia Di Dubai, Sertai Kejohanan Tinju Influencer Dunia

Astro Gempak tinju trisha

Sekilas

  • Trisha Ooi akan mewakili Malaysia dalam kategori flyweight di kejohanan tinju antarabangsa All Star Championship: Dubai Edition pada 3 Mei 2026.
  • Acara ini menghimpunkan 16 pempengaruh dari tujuh negara untuk bertanding dalam platform sukan kompetitif yang unik dan profesional.
  • Setiap peserta menjalani latihan intensif dan pemeriksaan kesihatan ketat bagi memastikan keselamatan dan kualiti perlawanan terjamin.

Pelakon dan personaliti media sosial Trisha Ooi bakal mencuri perhatian apabila turun ke gelanggang dalam kejohanan tinju antarabangsa All Star Championship: Dubai Edition yang dijadual berlangsung pada 3 Mei 2026.

Lebih menarik, Trisha akan mewakili Malaysia dalam kategori flyweight dan dijadualkan berdepan pencabar dari Indonesia, Dinda Anwar.

Acara yang berlangsung di Round 10 Boxing Club, Dubai ini menghimpunkan 16 pempengaruh dari tujuh negara termasuk Malaysia, Indonesia, Jepun, Vietnam, Singapura, Maghribi dan Rusia dalam satu platform sukan kompetitif yang jarang dilihat sebelum ini.

Selain Trisha, beberapa lagi pertarungan menarik turut diumumkan menerusi poster rasmi, termasuk perlawanan kategori super bantamweight melibatkan wakil Malaysia, Mat Alip yang bakal menentang pencabar dikenali sebagai “Dendi, Speed The Sharkboy”.

Turut mencuri perhatian ialah pertarungan kategori bantamweight antara Yuka dan Abdi yang mewakili negara masing-masing dalam aksi yang dijangka sengit.

Ketua Pegawai Eksekutif kejohanan tersebut, Dato Abd Rahman Soltan menjelaskan bahawa acara ini bukan sekadar hiburan, tetapi platform untuk pempengaruh mencabar diri dalam bidang luar kebiasaan.

“Ini adalah perlawanan influencer pertama di dunia. Kita himpunkan peserta dari pelbagai negara untuk bertanding dalam suasana kompetitif tetapi masih mengekalkan semangat kesukanan.

“Pada masa sama, ia membuka peluang kepada influencer untuk keluar daripada zon selesa dan membuktikan kemampuan mereka dalam bidang baharu,” katanya.

Menurutnya, semua peserta telah menjalani latihan intensif selama empat bulan sebelum dibenarkan beraksi, bagi memastikan setiap pertarungan berlangsung secara seimbang dan profesional.

“Kalau tiada disiplin dan usaha, ia bukan pertandingan. Kita mahu perlawanan yang berkualiti dan kompetitif,” jelasnya.

Dalam masa sama, aspek keselamatan turut diberi keutamaan dengan setiap peserta perlu melepasi pemeriksaan kesihatan ketat termasuk ujian perubatan lengkap sebelum bertanding.

“Keselamatan bukan perkara yang boleh dikompromi kerana ia melibatkan risiko fizikal serta tanggungjawab kami sebagai penganjur,” katanya lagi.

Bagi kategori wanita termasuk pertarungan melibatkan Trisha, penggunaan pelindung muka dan peralatan khas turut diwajibkan bagi mengurangkan risiko kecederaan.

Dengan gabungan elemen sukan dan dunia digital, All Star Championship dilihat sebagai satu eksperimen berani yang berpotensi mengubah landskap hiburan global.

Kini, tumpuan pastinya terarah kepada aksi Trisha Ooi yang bakal membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa, sekali gus membuktikan bahawa pempengaruh bukan sekadar mencipta kandungan, tetapi juga mampu bersaing di gelanggang sebenar.

Anda mungkin berminat dengan

Montigo Ace Non-slip Boot Mega - Compatible with Ace Bottle Mega and Go Bottle 1200ml

Montigo Ace Non-slip Boot Mega - Compatible with Ace Bottle Mega and Go Bottle 1200ml

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Big Size [ 28-48 ] Seluar Lelaki Kerja Kargo | Straight Cut | Slack 6 Poket Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket Seluar

Big Size [ 28-48 ] Seluar Lelaki Kerja Kargo | Straight Cut | Slack 6 Poket Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket Seluar

🇲🇾Men’s jeans jacket sesuai lelaki meaterial denim /Big size Men’s Denim Jeket🤝🔥⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

🇲🇾Men’s jeans jacket sesuai lelaki meaterial denim /Big size Men’s Denim Jeket🤝🔥⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

PETA 3QUATER borong harga M to 15XL.

PETA 3QUATER borong harga M to 15XL.

Must-Watch Video

Advertisement