Sekilas
- Bella Astillah dan Syed Saddiq dijangka berkahwin pada 10 Oktober di Menara 118, Kuala Lumpur.
- Abang Syed Saddiq, SpaceDollah, berkongsi gambar bersama BASS dan menyatakan tugasnya sebagai presiden BASS hampir tamat.
- Netizen berseloroh tugas SpaceDollah belum selesai selagi pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.
Beberapa minggu sahaja lagi, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah bakal mendirikan rumah tangga bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Sudah pasti, ramai yang tidak sabar menanti hari bersejarah tersebut terutama sekali para penyokong mereka yang menggunakan nama BASS (Bella Astillah dan Syed Saddiq).
Terbaharu, abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang lebih mesra disapa SpaceDollah menyorot perhatian apabila tampil memuat naik gambarnya bersama BASS.
Menerusi kapsyen, SpaceDollah memaklumkan tugasnya sebagai presiden BASS bakal tamat tidak lama lagi memandangkan adiknya itu akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
“Tugasku hampir tamat - Presiden BASS,” selorohnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berseloroh mengatakan tugas SpaceDollah tidak akan tamat selagi Syed Saddiq dan Bella belum dikurniakan cahaya mata.
Sekadar info, Syed Saddiq dan Bella bakal mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober depan di Menara 118, Kuala Lumpur.
Sumber: Threads