Skip to main content

Hollywood

Tujuh Tahun Derita Penyakit Misteri, Bekas Suami Sofia Vergara Dakwa Terkena Sihir Voodoo

Tujuh Tahun Derita Penyakit Misteri, Bekas Suami Sofia Vergara Dakwa Terkena Sihir Voodoo

Sekilas

  • Pelakon Hollywood Joe Manganiello mendedahkan dalam buku memoirnya bahawa penyakit autoimun yang dialaminya mungkin berpunca daripada sumpahan voodoo yang dikaitkan dengan bekas tunang Sofia Vergara, Nick Loeb.
  • Joe menerima panggilan daripada seorang pengamal spiritual yang mendakwa mengetahui masalah kesihatannya dan mencadangkan ritual pembersihan di Ecuador untuk mengatasi sumpahan tersebut.
  • Joe berkongsi pengalamannya untuk memberi kesedaran kepada mereka yang berjuang melawan penyakit kronik bahawa mereka tidak keseorangan, sambil menceritakan kesan penyakit itu terhadap kehidupan peribadi dan rumah tangganya bersama Sofia.
Advertisement

Pelakon Hollywood, Joe Manganiello membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa pernah diberitahu bahawa penyakit misteri yang dialaminya selama bertahun-tahun berpunca daripada sumpahan voodoo.

Lebih mengejutkan, bekas suami aktres Sofia Vergara itu mengesyaki sumpahan berkenaan mempunyai kaitan dengan bekas tunang Sofia, Nick Loeb.

Advertisement

Menurut laporan media antarabangsa, Joe, 49, berkongsi pengalaman tersebut menerusi buku memoir terbaharunya berjudul Bloodlines, yang turut menceritakan perjuangannya melawan penyakit autoimun sehingga menjejaskan kehidupan peribadi.

Joe mendakwa, ketika masih bergelar suami Sofia, dia pernah menerima panggilan telefon daripada seorang pengamal spiritual yang berpangkalan di Cuba.

Apa yang membuatkannya terkejut, individu berkenaan dikatakan mengetahui masalah kesihatan yang dialaminya, khususnya berkaitan usus, walaupun perkara itu belum didedahkan kepada umum.

Advertisement

Malah, menurut Joe, terdapat ahli keluarga terdekatnya sendiri yang tidak mengetahui keadaan kesihatannya ketika itu.

Pengamal spiritual tersebut kemudian mendakwa seseorang daripada masa silam Sofia yang masih menyimpan perasaan terhadap aktres berkenaan telah mengenakan sumpahan voodoo terhadap Joe di New Orleans, Amerika Syarikat.

Individu itu turut mencadangkan supaya Joe menjalani ritual pembersihan dan perlindungan yang dikatakan boleh dilakukan di Ecuador selama dua hari.

Bagaimanapun, dakwaan berkenaan tidak mempunyai bukti perubatan yang mengesahkan bahawa penyakit Joe berpunca daripada unsur mistik.

Susulan perbualan tersebut, Joe mula mengesyaki Nick Loeb, bekas tunang Sofia yang pernah terlibat dalam pertikaian undang-undang dengan aktres itu.

Untuk rekod, Sofia dan Nick menjalinkan hubungan sejak 2010 sebelum bertunang pada 2012. Bagaimanapun, hubungan mereka berakhir pada 2014.

Selepas perpisahan itu, kedua-duanya terlibat dalam pertikaian undang-undang berhubung dua embrio yang telah dibekukan ketika mereka masih bersama.

Sementara itu, Joe turut mendedahkan bahawa dia berdepan masalah kesihatan serius selama kira-kira tujuh tahun sehingga terpaksa menjalani beberapa prosedur pembedahan.

Keadaan tersebut bukan sahaja memberikan kesan terhadap kesihatan fizikalnya, malah turut menjejaskan kehidupan rumah tangga bersama Sofia.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2015 sebelum mengumumkan perpisahan pada 2023. Perceraian mereka dimuktamadkan pada 2024.

Menerusi kenyataan wakilnya, Joe menjelaskan bahawa tujuan utama penerbitan memoir berkenaan adalah untuk berkongsi pengalaman dengan individu lain yang turut berjuang melawan penyakit autoimun.

Dia berharap kisah perjuangannya dapat memberikan kesedaran bahawa mereka yang berdepan penyakit kronik tidak keseorangan.

Sumber: Entertainment Weekly, People

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement