Skip to main content

Antarabangsa

"Tulang Rawan Telinga Saya Pecah" - Wang Leehom Terima 39 Jahitan Terjatuh Di Pentas, Tahan Sakit Teruskan Show!

"Tulang Rawan Telinga Saya Pecah" - Wang Leehom Terima 39 Jahitan Terjatuh Di Pentas, Tahan Sakit Teruskan Show!

Sekilas

  • Penyanyi Mandopop Wang Leehom terjatuh ketika konsert jelajah di Chengdu dan menerima 39 jahitan akibat kecederaan pada telinga dan wajah.
  • Insiden berlaku apabila Leehom tersadung kabel keselamatan yang digunakan untuk menurunkannya ke pentas, namun dia tetap meneruskan persembahan di hadapan 40,000 penonton.
  • Agensi pengurusan memulakan siasatan dalaman dan berjanji memperketatkan prosedur keselamatan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Advertisement

Penyanyi Mandopop terkenal, Wang Leehom, terpaksa menerima 39 jahitan selepas terjatuh ketika membuat persembahan dalam konsert jelajahnya di Chengdu, China, sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai aspek keselamatan pentas.

Insiden itu berlaku pada awal persembahan apabila Leehom, 50, dipercayai tersadung pada kabel keselamatan yang digunakan untuk menurunkannya ke pentas sebelum terjatuh dan menghentak bahagian kiri wajah pada struktur logam pentas.

Advertisement

Akibat hentakan tersebut, tulang rawan telinga kirinya dilaporkan pecah selepas terkena alat pemantau telinga (in-ear monitor) yang dipakainya, selain mengalami kecederaan pada bahagian wajah.

Bagaimanapun, Leehom memilih untuk meneruskan persembahan di hadapan kira-kira 40,000 penonton biarpun mengalami pendarahan.

"Semasa pembukaan persembahan, kaki saya tersangkut pada kabel keselamatan dan saya terjatuh dengan kuat.

"Apa yang lebih malang, saya memakai in-ear monitor yang keras di telinga kiri dan hentakan itu menyebabkan tulang rawan telinga saya pecah," katanya menerusi hantaran di media sosial.

Menurut Leehom, dia terpaksa menghabiskan baki konsert hanya menggunakan alat pendengaran di telinga kanan.

"Seperti orang selalu kata, the show must go on. Apabila membuat persembahan di depan puluhan ribu peminat, ketika itu saya langsung tidak terasa sakit," katanya lagi.

Sejurus konsert tamat, penyanyi itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Doktor memberikan 27 jahitan pada telinga kiri dan 12 jahitan pada bahagian wajah, namun hasil imbasan CT mengesahkan beliau tidak mengalami kecederaan pada otak atau tengkorak.

Sementara itu, agensi pengurusannya memaklumkan siasatan awal mendapati kemalangan berkenaan dipercayai berpunca daripada kesilapan ketika mengendalikan sistem kabel keselamatan di pentas.

Pihak pengurusan turut memulakan siasatan dalaman terhadap kru yang terlibat selain berjanji memperketatkan prosedur keselamatan bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada konsert akan datang.

Insiden berkenaan turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dan pemerhati industri hiburan mengenai tahap keselamatan penggunaan sistem gantung serta kabel ketika persembahan berskala besar.

Sumber: South China Morning Post

Anda mungkin berminat dengan

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Must Watch Video

Advertisement