Kisah cinta antara pelakon dan penyanyi, Fattah Amin serta Amira Othman nampaknya masih lagi menjadi perhatian ramai biarpun pasangan sama cantik sama padan itu sudah pun mendirikan rumah tangga.
Terbaharu, tular di platform TikTok apabila tular foto sekitar majlis merisik pasangan berkenaan.
Advertisement
Susulan perkongsian itu, peminat mula menyusun kronologi perkenalan mereka yang didakwa bermula pada penghujung tahun lalu.
“Masa mereka shoot muzik video Amira selepas konsert Siti (konsert Siti Nurhaliza pada 14 Disember), rasanya hujung-hujung Disember baru mula kenal.

“Isnin siang 24/2 fattah nafikan hubungan masa wartawan tanya. Malam tu pula ada majlis sambut ramadhan mira je rakan artis yang dijemput. 25/2 selasa kantoi dengan geng era masa main pickleball sbb mira asyik main cincin,” komen beberapa netizen.
Tidak kurang juga ada warganet yang menegaskan hubungan itu tidak berlaku sewaktu tempoh iddah, malah bermula selepas ia berakhir pada 13 Disember 2024.
“Cerai 14 September 2024, iddah habis 13 Disember 2024, dan mereka berkenalan 14 Disember masa konsert TokTi. Jadi tidak timbul isu dalam tempoh iddah,” jelas seorang warganet.

Sebelum ini, Fattah dan Amira selamat diijabkabulkan dalam majlis pernikahan penuh sederhana di sebuah resort di Sepang pada 14 September lalu, disaksikan ahli keluarga dan kenalan rapat.
Majlis resepsi mereka kemudiannya diadakan dengan penuh gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada Sabtu lalu.
Pasangan itu tampil memukau dalam busana tradisional Melayu rekaan Fiziwoo, diapit pelamin bertemakan singgahsana diraja dengan hiasan ribuan kuntum bunga merah, simbol cinta dan kesetiaan.