Skip to main content

Selebriti

Tular Lagu Raya ‘Jodoh Lebaran’ Versi Kelantan, Sekali Aisha Retno ‘Datang’ Komen - “Sedak Do’oh”

Aisha Retno Jodoh Lebaran

Sekilas

  • Video lagu raya 'Jodoh Lebaran' nyanyian asal Aisha Retno dalam dialek Kelantan menjadi tular di TikTok dengan gaya santai dan loghat pekat.
  • Aisha Retno sendiri meninggalkan komen positif pada video tersebut, menarik perhatian netizen yang turut memuji kreativiti versi Kelantan itu.
  • Video tersebut kini meraih lebih 200 ribu tontonan dan hampir 300 komen, menunjukkan sambutan hangat daripada penonton.

Sebuah video merakamkan lagu raya popular berjudul Jodoh Lebaran nyanyian asal Aisha Retno yang dinyanyikan oleh seorang individu dalam dialek Kelantan menjadi tular di media sosial.

Video berkenaan yang dimuat naik oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai @afiffsola itu menarik perhatian ramai kerana gaya nyanyian santai serta penggunaan loghat Kelantan yang pekat, sekali gus memberi sentuhan unik kepada lagu raya tersebut.

“Lagu raya viral gak ado selalulah versi Kelate, @aisharetno done Kelantankan lagu sis, by the way lagu ni sedak dooh,” tulisnya.

Namun lebih menarik lagi, tanpa di diduga, Aisha ya merupakan penyanyi asal lagi tersebut turut meninggalkan komen pada video berkenaan.

“Sedak dooh,” tulisnya.

Komen itu juga sekali gus mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen yang turut menyukai versi dialek Kelantan berkenaan.

Malah ramai yang memuji kreativiti Afiff kerana berjaya menyesuaikan lirik lagu dengan loghat tempatan tanpa menghilangkan keindahan melodi asal.

Sehingga kini, video itu menerima lebih 200 ribu jumlah tontonan dan hampir 300 komen.

Anda mungkin berminat dengan

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

Must-Watch Video

Advertisement