Skip to main content

Hiburan

Tular Momen Syafiq Pegang Perut, Netizen Speku Mimi Lana Sedang Hamil? - “Kalau Betul, Tahniah”

Mimi Lana

Sekilas

  • Mimi Lana kini menjadi tular di TikTok selepas video sambutan hari lahirnya menunjukkan suaminya, Syafiq Kyle, memegang perutnya seolah-olah memberi petanda dia sedang hamil.
  • Walaupun ramai mengucapkan tahniah, tiada kenyataan rasmi daripada Mimi atau Syafiq mengenai khabar angin kehamilan tersebut.
  • Mimi dan Syafiq berkahwin pada 14 Februari lalu dalam majlis tertutup di Taiping, Perak, dan Mimi sebelum ini pernah berkongsi hasrat untuk hamil anak kembar.

Di TikTok, tular mengenai khabar angin yang mengatakan pelakon, Mimi Lana kini sedang berbadan dua.

Khabar angin itu mula tersebar luas selepas tularnya satu hantaran dimuat naik @arra.raaa memaparkan momen mereka sekeluarga yang menyambut ulang tahun kelahiran Mimi.

Menerusi video berdurasi 17 saat itu, dapat dilihat satu momen di mana Syafiq memegang perut Mimi seakan memberi gambaran isterinya itu sedang hamil.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya membanjiri ucapan tahniah di ruangan komen.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Syafiq mahupun Mimi berhubung khabar angin tersebut.

Cubaan gempak untuk mendapatkan maklumkan mengenai khabar angin itu juga gagal selepas aktres tersebut tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.

Terdahulu, Mimi pernah menyorot perhatian apabila menyuarakan keinginan untuk hamil dan melahirkan anak kembar.

Untuk rekod, Mimi dan pelakon, Syafiq Kyle selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Taiping, Perak pada 14 Februari lalu.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement