Sekilas
- Pekin Ibrahim dan Mona Allen tular di TikTok selepas didakwa menyambut Hari Natal dengan aktiviti 'secret santa' bersama rakan-rakan.
- Mereka juga dilihat memakai topi merah putih seperti Santa Claus, yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.
- Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pasangan selebriti itu setakat ini mengenai isu tersebut.
Nama pasangan selebriti, Pekin Ibrahim dan Mona Allen meraih perhatian ramai apabila mereka didakwa menyambut perayaan Hari Natal.
Menerusi rakaman video yang tular di TikTok, Pekin dan Mona dilihat hadir ke sebuah majlis yang turut dihadiri beberapa kenalan rapat mereka.
Pasangan itu didakwa melakukan aktiviti bertukar hadiah atau lebih dikenali dengan panggilan ‘secret santa’ yang merupakan satau kebiasaan bagi perayaan tersebut.
Bukan itu sahaja, Pekin dan Mona juga dilihat mengenakan topi berwarna merah dan putih yang seakan sinonim dengan karakter Santa Claus sekaligus menyorot perhatian serta mencetus pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak senang dengan perkara itu.
Walau bagaimanapun, ada juga yang mempertahan Pekin dan Mona sambil menyatakan bahawa majlis berkenaan berkemungkinan hanyalah satu perjumpaan santai pasangan itu bersama rakan-rakan.
Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Pekin dan Mona berhubung perkara tersebut.
Sementara itu, usaha Gempak untuk mendapatkan komen Pekin berhubung isu ini tidak berjaya selepas pelakon itu gagal dihubungi.
Sumber: TikTok