Skip to main content

Hiburan

Tular Video Syida & Syafiq, Syifa Melvin Tempelak Individu Anggap Adik-Beradik Tak Perlu Masuk Campur

Tular Video Syida & Syafiq, Syifa Melvin Tempelak Individu Anggap Adik-Beradik Tak Perlu Masuk Campur

Sekilas

  • Syifa Melvin menegaskan bahawa adik-beradik perlu masuk campur dalam urusan rumah tangga untuk melindungi dan menyokong antara satu sama lain, terutama dari segi keselamatan.
  • Tular video TikTok menunjukkan Syida meminta Syafiq keluar dari rumah supaya dia boleh tinggal bersama anak-anak, namun dakwaan tersebut belum disahkan oleh Syafiq.
  • Syida dan Syafiq telah bercerai talak satu pada 12 Ogos selepas tujuh tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak bersama.
Advertisement

Personaliti media sosial, Syifa Melvin meluahkan rasa kurang senang terhadap individu yang berpendapat adik-beradik tidak sepatutnya masuk campur dalam urusan rumah tangga.

Menurut Syifa, sebagai ahli keluarga, mereka mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan memberikan sokongan kepada adik-beradik, terutama apabila melibatkan keselamatan serta kebajikan mereka.

Advertisement

“Siapa yang cakap ‘adik-beradik tak payah masuk campur’, kau boleh diam. Kau nak tengok adik aku kena tikam berdarah, kena hempuk dengan orang gila dulu ke baru nak diam?

“Kalau adik-beradik kau tak menyokong dan melindungi kau, kau jangan cakap macam ini!” tulisnya.

Terdahulu, tular beberapa keratan video siaran langsung TikTok memaparkan Syida meminta Syafiq meninggalkan kediaman berkenaan bagi membolehkannya kembali menetap bersama anak-anak.

Advertisement

Dalam rakaman tersebut, Syafiq dilihat meneruskan aktivitinya seperti biasa, termasuk menunaikan solat, ketika Syida menyuarakan rasa tidak puas hati.

Bagaimanapun, dakwaan yang dibangkitkan Syida masih belum mendapat pengesahan dan penjelasan daripada Syafiq berhubung perkara tersebut perlu diperoleh bagi memberikan gambaran yang lebih seimbang.

Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Syida Nur Syifa Assyida Amirol Melvin dan Syafiq dilaporkan bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement