Skip to main content

Hiburan

Tun Laila Sedih Solekan Semasa Majlis Perkahwinan Dikritik - “Ada Yang Kata Buruk…”

Tun Laila

Ringkasan AI

  • Tun Laila berkongsi rasa sedih selepas menerima komen negatif tentang solekan pada majlis pernikahannya.
  • Dia menjelaskan solekan dilakukan oleh Fiki Abdullah dan sebenarnya cantik dalam realiti, cuma video yang diedit menyebabkan penampilan berbeza.
  • Tun Laila memilih gaya solekan natural tanpa bulu mata palsu, contact lens, inai, atau kuku palsu sepanjang majlis.
  • Beliau juga mengekalkan bentuk kening asal dan hanya mengisi bahagian kosong sahaja.
  • Majlis pernikahan berlangsung pada 8 November 2025 di Masjid Subang Bestari dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat.

Peguam dan pempengaruh, Tun Laila meluahkan rasa sedih selepas menerima komen negatif mengenai hasil solekan pada majlis pernikahannya baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran video di TikTok, Tun Laila berkata dia berasa terkilan apabila membaca komen netizen yang mendakwa solekan pada hari bahagianya itu tidak menyerlah dan kelihatan tidak sesuai.

“Saya baru perasan ada komen pasal majlis semalam. Ada yang kata makeup aku tak naik seri, ada yang kata makeup aku buruk. Honestly, it’s very sad for me to read that now.

“Yang makeupkan saya semalam tu ialah Fiki Abdullah dan aku suka sangat-sangat hasil kerjanya. Tapi video yang korang kata makeup aku buruk tu sebenarnya dah diubah kontrasnya sampai tinggi gila kulit saya nampak flawless sangat, kening jadi tebal dan hitam sangat, muka pun nampak oren-oren. Sebenarnya, dalam real life makeup tu sangat cantik dan semua orang yang tengok aku pun puji,” katanya.

Tun Laila juga menyatakan dia sememangnya meminta gaya solekan semula jadi untuk keseluruhan majlisnya termasuk majlis merisik, pertunangan, nikah, sanding dan bertandang.

Menurutnya, dia amat menyukai gaya solekan tersebut kerana ia mengekalkan identiti dirinya dan tidak mengubah wajahnya secara drastik.

“Dari risik, tunang, nikah sampai sanding dan bertandang hari ini pun, aku memang request untuk makeup yang natural tanpa bulu mata palsu, tanpa contact lens, tanpa inai dan tanpa kuku palsu.

“Untuk kening pula, memang aku biar bentuk asal sebab kening aku dah tebal dan hitam. Aku cuma isi bahagian yang kosong saja,” jelasnya.

Terdahulu, Tun Laila mencuri perhatian ramai selepas tampil anggun mengenakan busana rona biru muda rekaan Kashfi Zulkifli pada hari pernikahannya baru-baru ini.

Tun Laila dan pasangan, Muhammad Amir Haiqal selamat disatukan pada 8 November 2025 di Masjid Subang Bestari.

​​Majlis pernikahan itu disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. 

Must-Watch Video

Advertisement