Skip to main content

Hiburan

Tun M Hanya Ikuti Khairul Aming Di TikTok, Netizen Anggap Sebagai Pengiktirafan Besar - “Memang Level Tersendiri…”

Khairul Aming

Seorang individu meluahkan rasa kagum terhadap pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming selepas mendapati mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mengikuti akaun TikTok miliknya.

Menariknya, Tun Dr. Mahathir dilihat hanya mengikuti seorang individu sahaja di platform tersebut iaitu Khairul Aming.

“Tiktok Tun M follow satu orang je dan orang tersebut adalah Khairul Aming. 

“Hebat insan yang bernama Khairul Aming ni,memang level tersendiri. Pada saya ini pengiktirafan yang tak ternilai harganya,” ujar individu tersebut.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa bangga dan mengaitkan persamaan antara Khairul Aming dan Tun M khususnya dari segi visi serta kebijaksanaan.

“Energy KA sama dengan energy Tun M, sama-sama pandai.

“Mesti Tun M akan pergi Rembayung.

“Mungkin sebab visi kedua-duanya hampir sama. 

“Dua-dua bijak,” komen netizen. 

Sekadar info, Khairul Aming baharu sahaja melakar sejarah yang tersendiri selepas mengumumkan bakal melancarkan restoran pertamanya iaitu Rembayung. 

Restoran yang berada di tengah bandar raya Kuala Lumpur itu dijangka buka pada Januari 2026. 

Must-Watch Video

Advertisement