Skip to main content

Selebriti

“Tuntut Atau Tunduk” - Astro Shaw ‘Drop Teaser’ Filem Hak, Syafiq Kyle & Beto Kusyairy Padu!

“Tuntut Atau Tunduk” - Astro Shaw ‘Drop Teaser’ Filem Hak, Syafiq Kyle & Beto Kusyairy Padu!

Sekilas

  • Astro Shaw telah melancarkan teaser filem terbaru berjudul Hak: Tuntut Atau Tunduk yang mengangkat tema hak, pilihan, dan perjuangan.
  • Filem arahan Ezrie Gazali ini menampilkan gandingan pertama Syafiq Kyle dan Beto Kusyairy bersama pelakon lain seperti Mimi Lana dan Datuk Fizz Fairuz.
  • Filem ini mengisahkan Hakim, seorang pegawai operasi pasar awam yang terdesak mencari wang dan terlibat dalam konflik berbahaya selepas menemui beg berisi wang.
Advertisement

Astro Shaw tampil memperkenalkan teaser untuk filem terbaharu berjudul Hak: Tuntut Atau Tunduk.

Teaser itu sekali gus mencetuskan tanda tanya netizen mengenai kisah yang bakal dibawakan menerusi naskhah arahan Ezrie Gazali itu.

Advertisement

Mengangkat tagline ‘Tuntut Atau Tunduk’, teaser yang dilancarkan memberikan bayangan awal mengenai konflik serta perjalanan watak-watak yang berdepan dengan persoalan hak, pilihan dan perjuangan.

Lebih menarik lagi, filem arahan Ezrie ini turut menampilkan gandingan pertama Syafiq Kyle dan juga Beto Kusyairy.

Bukan itu sahaja, malah pelakon berbakat iaitu Mimi Lana, Kodi Rasheed, Fadhli Masoot, Aziz M Osman, Radhi Khalid, Rubini Sambanthan, El Umar Mokhtar dan Datuk Fizz Fairuz juga turut membintangi filem tersebut.

Advertisement

Tidak dinafikan, gandingan nama-nama pelakon yang terlibat itu pastinya antara perkara yang membuatkan Hak: Tuntut Atau Tunduk wajar diberi perhatian, terutama buat peminat filem tempatan yang gemarkan kisah kehidupan yang dekat dengan realiti.

Diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Enotech Pictures, Pegasus Motion Pictures dan Icon Pictures, serta rakan strategik Etika Sdn Bhd menerusi jenama 7UP dan Mirinda, filem ini dijangka menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan seorang pegawai operasi yang bertugas di sebuah pasar awam, Hakim (Syafiq Kyle) yang terdesak mencari wang demi kelahiran anak sulungnya. 

Desakan itu mendorongnya untuk mengambil kesempatan terhadap komuniti sekeliling. 

Namun apabila dia menemui sebuah beg berisi sejumlah wang, hidupnya mula diburu pihak berbahaya yang sanggup mengancam nyawanya dan keluarga demi mendapatkan semula wang tersebut. 

Anda mungkin berminat dengan

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Must Watch Video

Advertisement