Skip to main content
Advertisement

Hiburan

"Tutuplah Cerita Fasal Ibu Tinggal Anak..." - Bella Park

Bella Park

Sekilas

  • Bella Park minta orang ramai berhenti kecam ibu yang tinggalkan anak sementara waktu untuk berehat kerana setiap ibu ada cabaran berbeza.
  • Dia tekankan ibu yang bekerja juga tinggalkan anak dengan pengasuh, cuma situasi berbeza dan semua ibu nak yang terbaik untuk anak.
  • Bella jelaskan dia tidak abaikan tanggungjawab, dengan tiga pembantu rumah, pembantu peribadi dan ibu mentua jaga anak ketika dia melancong.
Advertisement

Pempengaruh media sosial Bella Park berharap orang ramai menghentikan kecaman terhadap golongan ibu yang memilih meninggalkan anak buat sementara waktu demi mendapatkan ruang untuk berehat.

Advertisement

Menurut Bella, setiap ibu mempunyai situasi dan cabaran yang berbeza, justeru mereka tidak sepatutnya dihakimi hanya kerana membuat keputusan sedemikian.

“Tutup la erk cerita fasal ibu-ibu yang tinggal anak sekejap untuk ‘berehat’ ni. Kalaulah dari pandangan awak-awak yang benda ni tak patut, simpanlah dalam hati kalau terlintas pun. 

Advertisement

“Jangan nak samakan kita dengan orang lain. Walaupun rasa macam tak puas hati atau pelik ‘macam mana boleh tinggal anak’ percayalah semua ibu nak yang terbaik untuk anak dia.

“Ibu yang bekerja terpaksa tinggal anak kat rumah pengasuh sama ja kita semua cuma situasi berbeza,” kongsinya menerusi hantaran di Threads

Sebelum ini, Bella tampil memberikan respon terhadap kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan tindakannya melancong tanpa membawa anak bersama.

Menerusi komen yang ditinggalkan di sebuah hantaran, Bella berkata, dia sama sekali tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu, malah setiap kali ke luar negara semua urusan penjagaan anak telah diatur dengan teliti.

Menurut Bella, dia mempunyai tiga orang pembantu rumah yang bergilir-gilir menjaga anak, selain pembantu peribadi dan ibu mentua yang turut memantau keadaan di rumah.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

(Lovito Refine) Casual Dress Tweed Fabric New Chinese Style Bow Texture Spring/summer Pink Dress for Women LR29A074 (Lovito Refine) Gaun Kasual Fabrik Tweed Tekstur Reben Gaya Cina Baharu Gaun Merah Jambu Musim Bunga/musim Panas Untuk Wanita LR29A074

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

POLO HILL Men Penny Loafers Shoes PMSL-MS4164

POLO HILL Men Penny Loafers Shoes PMSL-MS4164

Must Watch Video

Advertisement