Skip to main content

Selebriti

Tyra Kamaruzzaman Kongsi Kesungguhan Suami, Hanya Ada 4 Hari Sediakan Busana Hussain - “Dia Lah Yang Cari Kain, Uruskan Semua…”

Tyra

Sekilas

  • Tyra Kamaruzzaman beri penghargaan kepada suaminya, Emran Rijal, yang gigih hasilkan busana khas untuk Hussain di Big Stage Rocketfuel walaupun tempoh singkat.
  • Emran uruskan semua dari cari kain, produksi hingga siapkan koleksi KLFW dalam masa empat hari sahaja setiap minggu.
  • Emran juga pernah umum nak taja busana Hussain, dan mereka berdua jadi perhatian netizen kerana wajah yang hampir sama.
Advertisement

Personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman kata-kata penghargaan kepada suaminya yang juga pereka fesyen, Emran Rijal, atas usaha keras menyediakan busana buat bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Hussain, pada setiap minggu.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Tyra mengakui dia sendiri menyaksikan kesungguhan Emran dalam menghasilkan busana terbaik buat Hussain walaupun hanya diberikan tempoh yang singkat.

Advertisement

“Berikanlah penghargaan yang sewajarnya kepada dia. Tak kisahlah apa orang nak cakap, tetapi saya sendiri melihat betapa berusahanya dia bekerja untuk menghasilkan penampilan terbaik setiap minggu.

“Selalunya dia hanya akan tahu konsep persembahan dan mendapat pengesahan mengenai busana yang akan dipakai adalah pada hari Rabu. Jadi, dia ada dalam empat hari sahaja untuk menyiapkan baju,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Tyra juga memaklumkan busana itu semuanya dibuat khas hasil air tangan suaminya.

“All is custom made. Dia lah yang cari kain, dia lah yang pergi production, dia lah yang buat semua dalam masa yang sama, dia juga perlu menyiapkan koleksi untuk KLFW.

“Rasa bangga dengan usaha dia adalah satu ungkapan yang terlalu sederhana,” coretnya.

Terdahulu, nama Emran dan Hussain menjadi bualan warganet apabila ramai berpendapat wajah mereka mempunyai iras yang hampir sama.

Susulan itu, Emran memuat naik satu hantaran di media sosial menyatakan hasrat untuk menaja busana buat Hussain bagi persembahannya di Big Stage, sekali gus menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen.

 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement