Sekilas
- Tyra Kamaruzzaman selamat melahirkan cahaya mata kedua, Elaira Emran, pada 4 Mei 2024.
- Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Tyra menerusi Instagram.
- Tyra berkahwin dengan suaminya, Emran Rijal, pada 3 Mei 2024, sehari sebelum kelahiran anak mereka.
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri Tyra menerusia perkongsian di Instagram (IG).
Menurut Tyra, dia selamat melahirkan cahaya mata yang diberi nama Elaira Emran itu pada 4 Mei yang lalu.
“Alhamdulillah, Masya-Allah, Tabarakallah.
“Pada pagi 4 Mei yang indah, kami menyambut kelahiran cahaya mata kedua kami, Elaira Emran,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah buat Tyra dan suami.
Untuk rekod, Tyra mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang merupakan pereke fesyen, Emran Rijal pada 3 Mei 2024.
Sumber: Instagram