Skip to main content

Hiburan

Ubai Dedah Status Pekerjaan, Buat ‘Grab’ Hanya Untuk Isi Masa Lapang - “Isu Ini Sudah Timbul Sejak…”

Ubai

Sekilas

  • Ubai, suami Shila Amzah, sering buat kerja e-hailing untuk isi masa lapang dan berinteraksi dengan orang ramai.
  • Dia jelaskan sudah lama berkecimpung dalam produksi digital dan ada syarikat sendiri sebelum berkahwin dengan Shila.
  • Ubai dan Shila berkahwin pada Ogos 2023 dan kini mempunyai seorang anak, Rhea Akira, berusia 2 tahun.
Advertisement

Suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai menjelaskan dia sering melakukan pekerjaan e-hailing iaitu penghantaran barang hanya untuk mengisi masa lapang sahaja. 

 

Advertisement

Menurut Ubai, aktiviti tersebut dilakukan secara santai selain ingin mencari peluang untuk berinteraksi dengan orang ramai.

 

“Terma 'freelance' itu saya rasa ramai yang kurang faham menyebabkan mereka sering bertanya saya kerja apa. Kejap-kejap beli itu, beli ini. Macam semalam, saya ada buat Grab.

 

“Kalau saya bosan, memang saya akan buat Grab. Lagipun saya baru beli motosikal baharu, tapi nak pergi menunggang jauh tak boleh. Jadi saya cakaplah nak buat Grab.

 

“Kadang-kadang kerja sendiri ini kita menghadap komputer riba, buat jalan cerita sampai rasa bosan. Jadi esoknya saya ambil cuti, saya pergi buat e-hailing sebab nak jumpa dan dapat borak dengan orang,” katanya. 

 

Ubai berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Shila Amzah Kita 25 Tahun Bersama di The Coffee Bean & Tea Leaf, Sierra Fresco, Puchong baru-baru ini. 

 

Ditanya sama ada Shila bersetuju dengan perkara tersebut, pempengaruh berusia 28 tahun itu meluahkan  rasa syukur apabila isterinya itu sentiasa bersikap sangat terbuka.

 

Bagi Ubai, dia tidak perlu mengubah cara hidup demi menjaga status semata-mata memandangkan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. 

 

“Shila cakap asalkan saya gembira, dia pun gembira. Mungkin dalam stigma masyarakat, kalau bergelar artis atau orang yang ada nama di media sosial mahupun televisyen ini kena sentiasa jaga standard. 

 

“Macam saya, saya dibesarkan dalam keluarga yang normal dan sederhana. Asalkan benda itu halal, tidak buat salah dan tidak kacau orang, saya okey sahaja,” jelasnya.

 

Dalam pada itu, Ubai turut mengambil kesempatan untuk menepis dakwaan netizen yang menuduh dirinya hanya menumpang populariti isteri disebabkan bekerja di belakang tabir.

 

Menjelaskan mengenai status pekerjaannya, Ubai memaklumkan dia sudah lama membina kerjaya dalam sektor produksi digital sebelum mendirikan rumah tangga lagi.

 

“Sebenarnya isu ini sudah timbul sejak sebelum kami berkahwin lagi. Orang tanya Ubai ini tumpang ke? kerja apa sebenarnya? Macam orang yang dah tahu, mereka tahulah.

 

“Saya bermula daripada pekerjaan dalam bidang digital. Selepas tiga empat tahun bekerja, saya buat keputusan untuk buka syarikat sendiri.

 

“Sekarang saya sudah ada pasukan produksi saya sendiri untuk menguruskan projek digital terutamanya menerbitkan kempen-kempen daripada pelbagai jenama,” jelasnya. 

 

Untuk rekod, Ubai dan Shila sah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Rhea Akira, 2 tahun. 

 

Shila juga memiliki seorang lagi anak iaitu Seth Uqais, 7, hasil perkahwinan terdahulu.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Must Watch Video

Advertisement