Skip to main content

Hiburan

Ubai MZ Seronok Buat ‘Affiliate’, Komen Shila Amzah Raih Perhatian - “Apa-Apa Yang Buat Sayang Happy”

Shila Amzah

Sekilas

  • Ubai MZ berkongsi rasa seronok menjalankan perniagaan secara affiliate di media sosial melalui ciapan di Threads.
  • Isterinya, penyanyi Shila Amzah, memberi sokongan penuh dan berseloroh meminta RM100 daripada Ubai.
  • Ubai dan Shila berkahwin pada Ogos 2023 dan kini mempunyai seorang anak perempuan, Rhea Akira.

Pempengaruh media sosial, Ubai MZ meluahkan rasa seronoknya apabila menjalankan perniagaan secara ‘affiliate’ di media sosial.

Perasaan teruja itu dikongsikan sendiri Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli menerusi ciapan yang dibuat di aplikasi Threads.

“Seronok juga buat affiliate ni eh (emoji senyum),” kongsinya.

Perkongsian itu bukan sahaja meraih perhatian ramai malah turut menuai komen daripada isterinya sendiri yang juga penyanyi iaitu Shila Amzah.

Menjengah ke ruangan komen, pelantun lagu Patah Seribu itu memaklumkan bahawa dia akan sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan Ubai.

Lebih menghiburkan apabila ibu kepada dua orang anak itu sempat berseloroh meminta RM100 daripada suami tercintanya itu.

“Apa-apa la yang buat sayang happy! Semoga murah rezeki sayang, nak SERATUS,” tulisnya.

Sekadar info, Ubai dan Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Rhea Akira, setahun tujuh bulan.

Shila juga memiliki seorang anak lelaki, Seth Uwais daripada perkahwinan pertamanya bersama Haris Idraki Elias.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement