Skip to main content

Selebriti

Uji Rashid Dedah, Bapa Cico Meninggal Dunia Sebulan Sebelum Pemergiannya - “Orang Kata Kenapa Bapa Dia Tak Datang…”

Uji Rashid Dedah, Bapa Cico Meninggal Dunia Sebulan Sebelum Pemergiannya - “Orang Kata Kenapa Bapa Dia Tak Datang…”

Sekilas

  • Bapa Allahyarham Cico Harahap, Jamaluddin Jalil Harahap, meninggal dunia sebulan lebih awal sebelum pemergian Cico pada November lalu.
  • Penyanyi veteran Uji Rashid mendedahkan Cico memilih untuk tidak berkongsi berita kematian bapanya kerana masih menyimpan rasa terkilan terhadap hubungan mereka.
  • Walaupun hubungan mereka sukar, Cico tetap mendoakan kesejahteraan bapanya dan tidak memutuskan hubungan sepenuhnya.
Advertisement

Di sebalik suasana hiba yang menyelubungi pemergian Allahyarham Cico Harahap pada 8 November lalu, tersimpan satu lagi kehilangan yang tidak diketahui ramai apabila bapanya, Jamaluddin Jalil Harahap, sebenarnya telah meninggal dunia kira-kira sebulan lebih awal.

Pendedahan itu dibuat oleh penyanyi veteran tersohor tanah air, Uji Rashid sebagai menjawab persoalan segelintir pihak yang tertanya-tanya mengenai ketiadaan bekas suaminya pada hari pengebumian anak mereka.

Advertisement

Menurut Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid, 73, Jamaluddin menghembuskan nafas terakhir pada September lalu dan dikebumikan di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Katanya, Allahyarham Cico memilih untuk tidak berkongsi berita pemergian bapanya kepada orang lain kerana masih menyimpan rasa terkilan terhadap beberapa episod yang pernah berlaku dalam hubungan mereka.

“Orang kata, kenapa bapa dia tidak datang? Cico susah hendak bercakap dengan orang. Dia pun tidak beritahu orang bahawa bapanya sudah meninggal dunia.

Advertisement

“Cico sendiri pernah berkecil hati kerana ketika dia sakit, bapanya tidak datang menjenguk. Jadi, dia tidak banyak bercerita kepada orang lain mengenai perkara itu,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Menurut Uji, walaupun hubungan anak dan bapa itu pernah melalui fasa yang sukar, mereka tidak pernah memutuskan hubungan sepenuhnya dan masih saling berhubung dari semasa ke semasa.

“Mereka masih berhubung. Bapa Cico pernah menghubunginya. Hubungan mereka bukanlah terputus terus. Cuma, Cico sendiri tidak mahu berjumpa kerana ada perkara yang pernah membuatkan dia terasa hati.

“Selepas itu, apabila ada ahli keluarga yang memaklumkan mengenai kematian bapanya, saya nasihatkan Cico supaya pergi menziarahinya.

“Namun, Cico tidak mahu. Dia cuma berkata, dalam solat, dia akan mendoakan dan meminta supaya dosa bapanya diampunkan,” katanya.

Kata-kata itu, menurut Uji, mencerminkan peribadi anaknya yang memilih untuk memendam rasa duka dan kecewa, namun tidak pernah meninggalkan doa buat insan yang bergelar bapa.

Pada majlis yang sama, ahli kariah muslimat Masjid Bukit Antarabangsa turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga Allahyarham sebagai tanda sokongan dan keprihatinan.

Uji dan Jamaluddin mendirikan rumah tangga sekitar 1978 sebelum berpisah beberapa tahun kemudian.

Pada 8 November lalu, Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira jam 11 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

Allahyarham meninggalkan seorang anak perempuan, Rindu Nur Fitrah, 18, hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, Nur Fuziani Abdullah.

Sumber: AWANI


 


 

Anda mungkin berminat dengan

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Must Watch Video

Advertisement