Skip to main content

Hiburan

Ujibakat Hari Pertama Big Stage 2026 Meriah, Najmi Niery & Amsyar Lee Antara Yang Cuba Nasib

Big Stage 2026

Sekilas

  • Program Big Stage 2026 kembali dengan ujibakat dua hari pada 2 dan 3 Mei di Moxy Hotel, Putrajaya, membuka peluang kepada peserta solo, duo, dan berkumpulan.
  • Juri Hael Husaini mencari peserta yang versatil, berpenampilan menarik, dan mampu menyanyi pelbagai genre dengan penuh keyakinan.
  • Beberapa peserta dikenali turut mencuba nasib pada hari pertama, manakala hari kedua ujibakat dibuka dari jam 8 pagi hingga 11 malam untuk semua yang berminat.

Program Big Stage kembali buat kali yang ketujuh bagi edisi tahun 2026 dengan ujibakat diadakan selama dua hari pada 2 dan 3 Mei bertempat di Moxy Hotel, Putrajaya.

Seawal jam 6 pagi, pekarangan Moxy Hotel mula dibanjiri ratusan peserta dari pelbagai negeri yang hadir dengan satu impian sama iaitu merebit tempat ke pentas pertandingan nyanyian yang telah melahirkan banyak bintang ternama.

Untuk edisi kali ini, peserta boleh hadir ke ujibakat secara solo, duo mahupun berkumpulan bagi menunjukkan bakat masing-masing.

Menurut penyanyi, Hael Husaini yang bertindak selaku juri bagi sesi ujibakat, kriteria utama yang dicari adalah peserta versatil yang mampu menyanyikan pelbagai jenis genre serta berpenampilan menarik.

“Untuk Big Stage, peserta bukan sahaja perlu berkebolehan dalam bidang nyanyian tetapi perlu ‘full package’.

“Kami mahu cari seorang yang sedikit berbeza supaya mereka ini dapat memeriahkan lagi industri tempatan.

“Jadi buat mereka yang akan datang ujibakat pada hari kedua, anda perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Pilih lagu yang sesuai dengan suara serta vokal dan yang paling penting jadilah diri sendiri,” katanya kepada Gempak.

Untuk hari pertama yang berlangsung pada 2 Mei, rata-rata peserta yang hadir berjaya menunjukkan kebolehan serta bakat mereka dalam bidang nyanyian.

Lebih mencuri perhatian apabila beberapa wajah dikenali yang turut hadir mencuba nasib ke ujibakat hari pertama seperti Amsyar Lee, Najmi Niery, Nik Rafa’ie, Thamiera dan ramai lagi.

Jadi, buat anda yang ingin menonjolkan bakat, jangan lepaskan peluang untuk sertai ujibakat di hari kedua bertempat di Moxy Hotel dari jam 8 pagi hingga 11 malam.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video

Advertisement