Skip to main content

Berita Antarabangsa

Uka Kuya Minta Foto Perkahwinan Yang Dicuri Dari Rumah Dikembalikan

uya_kuya

Uya Kuya diketahui sebagai salah seorang ahli politik dan selebriti yang kediamannya menjadi mangsa dirosak dan dirompak sekumpulan penunjuk perasaan pada demonstrasi yang berlaku di Jakarta, Indonesia pada 30 Ogos lalu.

Usai rumahnya dirosakkan, ada banyak barang di dalam kediamannya juga dicuri. Ini termasuklah perabot sehingga haiwan peliharaannya iaitu kucing.

Advertisement

Selepas berusaha mendapatkan kembali kucingnya yang hilang, Uya Kuya kini memohon agar foto perkahwinan dengan isteri, Astrid yang dicuri juga dipulangkan.

Uya Kuya menyifatkan foto perkahwinan dalam bingkai berwarna emas itu sebagai sangat berharga. Foto tersebut memperlihatkan pasangan pengantin yang berkahwin pada tahun 2003 itu memakai busana pernikahan warna putih.

“Saya mohon siapa yang jumpa atau temukan foto perkahwinan saya dipulangkan. Pulangkan atau letak di hadapan rumah saya pun tak mengapa,” katanya seperti dilaporkan Viva.co.id.

Menurut Uya Kuya yang menerima kecaman kerana video dirinya berjoget di dalam parlimen selepas elaun perumahan ahli dewan rakyat diumumkan mengatakan alasan di sebalik permintaannya.

“Saya sudah tidak punya lagi fotonya. Jadi tolong, sesiapapun yang jumpa, kembalikan foto perkahwinan saya,” katanya lagi.

Selain foto dan perabot, barangan elektrik di kediaman selebriti dan ahli dewan rakyat berusia 50 tahun itu pun banyak dibawa lari penunjuk perasaan. Uya Kuya bagaimanapun mengaku ikhlas dengan insiden yang berlaku.

Must-Watch Video