Ringkasan AI
- Umisya Mazlan sudah lama berdamai dengan takdir dan memilih untuk tidak lagi bercakap mengenai rumah tangganya.
- Dia kini menyesuaikan diri dengan kehidupan berpoligami dan melihatnya sebagai pengajaran hidup.
- Umisya dan suaminya, Aslam, serta madu mereka, Marissa Dania Hakim, berada dalam keadaan baik dan terbuka untuk bertemu satu sama lain.
- Umisya kecewa dengan kecaman netizen yang turut melibatkan anak-anaknya yang tidak berdosa.
- Umisya dan Aslam berkahwin pada 2020, pernah berpisah pada September 2023, dan kembali rujuk dalam tempoh iddah, dengan tiga anak hasil perkahwinan mereka.
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan menegaskan bahawa dirinya sudah lama berdamai dengan takdir enggan bercakap mengenai perihal rumah tangganya.
Menurut Umisya, dia mahu membuang segala perkara negatif dan memberikan sepenuh fokus bagi melalui kehidupan yang mendatang.
Ujarnya, dia kini sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan berpoligami dan mahu menjadi setiap perkara yang berlaku sebagai satu pengajaran hidup.
“Saya sebenarnya dah okay dengan semua perkara dan dah pun berdamai dengan takdir sebab benda pun dah lama. Saya juga dah melalui kehidupan berpoligami ini di mana adanya giliran, tanggungjawab dan bahagian masing-masing.”
“Saya bersyukur dengan apa yang sedang saya lalui ketika ini walaupun ada baik dan buruk. Saya tetap terima dan jadikan sebagai pengalaman dan pengajaran.”
“Sebenarnya saya tak nak dah bercakap perihal rumah tangga dan tak nak bercakap mengenai mana-mana pihak. Saya tak nak dah ingat perkara yang lepas sebab saya nak fokus ke hadapan.”
“Begitu juga Aslam dengan isteri dia (Marissa) memang nak berubah dan tinggalkan perkara lepas,” katanya kepada Gempak.
Umisya berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran produk terbaharu dashcam 70mai yang diadakan di 1 Utama, Petaling Jaya pada Rabu.
Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan madu yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim, Umisya berkongsi bahawa mereka dalam keadaan yang baik.
Malah, ibu kepada tiga orang ini menyuarakan kesediaannya bertemu dengan Marissa satu hari nanti.
“Mungkin boleh dipertimbangkan dan tak ada masalah pun dari pihak saya (untuk berjumpa).”
“Kita tengoklah seperti mana yang Allah aturkan nanti,” ujarnya.
Terdahulu, Umisya menyorot perhatian apabila meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang mendakwa dirinya campur tangan dalam hal berkaitan dengan suaminya dan poligami.
Apa yang membuatkan Umisya bertambah sedih apabila anaknya yang tidak berdosa turut tidak terlepas dari kecaman netizen.
Sekadar info, Umisya mendirikan rumah tangga bersama Aslam pada tahun 2020 dan pernah berpisah pada September 2023. Namun, pasangan ini kembali rujuk dalam tempoh iddah.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud,4, Nuh,3 dan Haya yang kini berusia sembilan bulan.
Untuk rekod, Aslam turut mengahwini anak kepada aktres Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.