Skip to main content

Hiburan

Ummi Nazeera Kenang Pertemuan Dengan Cico Harahap September Lalu - “Allahyarham Sangat Humble…”

Ummi Nazeera Kenang Pertemuan Dengan Cico Harahap September Lalu - “Allahyarham Sangat Humble…”

Sekilas

  • Pelakon Ummi Nazeera mengenang pertemuannya dengan Allahyarham Cico Harahap pada September lalu dan memuji sikap rendah hati aktor tersebut.
  • Ummi turut mendoakan agar Allahyarham mendapat keampunan dan rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang soleh.
  • Cico, yang juga anak penyanyi legenda Uji Rashid, meninggal dunia di Hospital Ampang minggu lalu selepas lama berdepan masalah kesihatan.
Advertisement

Pelakon Ummi Nazeera mengenang pertemuannya dengan Allahyarham Cico Harahap pada September lalu, selain menyifatkan aktor tersebut sebagai seorang yang rendah hati.

Menerusi perkongsian di Threads, Ummi berkata, dia begitu teruja berpeluang bertemu Allahyarham memandangkan membesar dengan menonton karya lakonannya.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya membesar menonton karya beliau, jadi apabila bertemu dengannya September lalu, saya benar-benar teruja.

“Allahyarham juga sangat ‘humble’ (rendah hati) ketika bertemu secara bersemuka,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Ummi turut menitipkan doa agar Allahyarham mendapat keampunan dan rahmat Allah serta ditempatkan dalam kalangan orang soleh.

“Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya dan menempatkannya dalam kalangan orang soleh. Amin.

“Terima kasih kerana merakamkan momen ini, Izzar,” katanya.

dsvf



Untuk info, Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 48, yang juga anak kepada penyanyi legenda Uji Rashid, meninggal dunia di Hospital Ampang minggu lalu.

Menurut laporan Harian Metro, berita pemergian Allahyarham dimaklumkan Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez.

Terdahulu, Cico yang mula aktif berlakon sejak 1993 dilaporkan berdepan masalah kesihatan pada penghujung 2016.

Selain mendapatkan rawatan di hospital, Uji turut membawa Allahyarham menjalani rawatan perubatan Islam.

Advertisement

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement