Skip to main content

Hiburan

“Umpama Leak Gambar Bogel Pelakon” - Evertts Gomes

“Umpama Leak Gambar Bogel Pelakon” - Evertts Gomes

Sekilas

  • Evertts Gomes bersuara kerana peminat mula berlebihan dalam 'shipping' dirinya dengan pelakon lain, termasuk Mierul Aiman, sehingga boleh menimbulkan salah faham.
  • Dia menegur penggunaan teknologi AI seperti ChatGPT untuk menghasilkan gambar palsu dirinya tanpa kebenaran, yang dianggap melanggar privasi dan boleh menjejaskan reputasi.
  • Evertts juga meminta peminat tidak membawa elemen LGBT ke dalam drama KUDRAT 1968: High Council kerana ia membuatkan dia dan rakan pelakon rasa kurang selesa.
Advertisement

Pelakon, Evertts Gomes menjelaskan sebab dia bersuara mengenai isu segelintir peminat yang memasangkan atau 'ship' dirinya dengan pelakon lelaki lain, termasuk Mierul Aiman.

Menurut Evertts, pada awalnya dia menganggap perkara tersebut mungkin sekadar imaginasi peminat dan tidak terlalu mengambil serius, namun dia mula bersuara kerana tindakan berkenaan semakin berlebihan sehingga boleh menimbulkan salah faham.

Advertisement

“Kenapa saya mula bersuara adalah sebab mula-mula nampak benda itu mungkin biasa. Mungkin ia sekadar imaginasi seorang peminat.

“Tapi apabila dah makin ramai buat macam itu dan perkara semakin tidak terkawal, saya rasa macam saya patut tegur benda ini sebelum ia berleluasa makin teruk,” katanya.

Evertts berkata, isu berkenaan bukan hanya berkaitan budaya ‘shipping’, malah turut melibatkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan gambar dirinya bersama individu lain tanpa pengetahuannya.

Advertisement

Menurutnya, terdapat peminat yang menggunakan ChatGPT atau platform AI lain untuk menghasilkan arahan atau ‘prompt’ bagi mencipta gambar pelakon berpelukan dengan mereka.

“Dan bukan setakat ini sahaja, bukan setakat ‘shipping-shipping’ sahaja. Ada peminat yang tulis dekat ChatGPT atau mana-mana AI prompter untuk prompt pelakon itu peluk dengan mereka.

“That is not nice. Benda itu pun tak elok,” ujarnya. 

Finalis peserta Hero Dewi Remaja itu juga menyifatkan penggunaan AI untuk menghasilkan imej dirinya tanpa kebenaran sebagai satu perkara serius kerana ia membabitkan privasi dan boleh menyebabkan pihak lain salah faham terhadap dirinya.

“So like, kita sebagai pelakon, kita tengah cuba sedaya upaya untuk bersihkan nama daripada mana-mana benda yang tak elok in public.

“Tapi bila kita buat AI semua itu tanpa izin daripada pelakon, ia umpama kita leak gambar bogel seorang pelakon. Umpama macam itu sebab awak tak minta kebenaran daripada kita. My family doesn't know pun yang tiba-tiba ada gambar saya berpeluk dengan seorang perempuan ini.

“So risau ada pihak yang salah faham. Itu sahaja,” jelasnya.

Terdahulu, Evertts meluahkan rasa kurang senang apabila ada segelintir peminat drama KUDRAT 1968: High Council yang ‘ship’ atau memasangkannya dengan pelakon lelaki lain, termasuk Mierul Aiman.

Menerusi satu potongan video sesi siaran langsung, Evertts meminta peminat supaya tidak membawa elemen LGBT ke dalam jalan cerita KUDRAT 1968: High Council, selain menegaskan perkara berkenaan membuatkan dirinya dan rakan-rakan pelakon berasa kurang selesa.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement