Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Ungkapan Indah ‘Mata, Pita, Guru, Deivam’ Jadi Pegangan Taanusiya Chetty - “Bapa Saya Sentiasa…”

Ungkapan Indah ‘Mata, Pita, Guru, Deivam’ Jadi Pegangan Taanusiya Chetty - “Bapa Saya Sentiasa…”

Sekilas

  • Taanusiya Chetty, pemenang tempat ketiga Miss World 2026, berkongsi nilai hidupnya berdasarkan ungkapan ‘Mata, Pita, Guru, Deivam’ yang bermaksud ibu, bapa, guru dan Tuhan.
  • Beliau menekankan pentingnya menghormati ibu bapa, memuliakan guru dan berpegang kepada kepercayaan sebagai wanita India Malaysia dan pendidik.
  • Taanusiya berjaya mara ke Top 6 Miss World 2026 selepas memenangi beberapa anugerah dan membawa mesej pendidikan serta pemerkasaan generasi muda ke pentas dunia.
Advertisement

Pemenang tempat ketiga pertandingan Miss World 2026, Taanusiya Chetty berkongsi kata-kata yang menjadi pengangan dalam kehidupannya.

Menurut Taannusiya, ungkapan ‘Mata, Pita, Guru, Deivam’ menjadi antara perkara yang membentuk keperibadiannya sejak kecil.

Advertisement

“Salah satu perkara yang saya banggakan daripada warisan saya ialah ungkapan indah ‘Mata, Pita, Guru, Deivam’ yang bermaksud ibu, bapa, guru dan Tuhan.

“Bapa saya sentiasa percaya kepada kata-kata ini dan sejak kecil, ia menjadi lebih daripada sekadar sebuah ungkapan buat saya. Ia menjadi cara hidup,” katanya.

Sebagai seorang rakyat Malaysia berketurunan India dan juga pendidik, Taanusiya berkata, semakin meningkat dewasa, dia semakin memahami betapa mendalamnya nilai tersebut dalam membentuk dirinya sebagai seorang wanita.

“Sebagai seorang wanita India Malaysia dan juga seorang pendidik, kini saya memahami betapa mendalamnya nilai-nilai ini membentuk diri saya hari ini, iaitu menghormati ibu bapa, memuliakan guru dan terus berpegang teguh kepada kepercayaan kepada Tuhan.

“Itulah sebahagian daripada nilai yang saya bawa bersama, ke mana sahaja saya pergi,” ujarnya.

 

Terdahulu, Taanusiya Chetty berjaya menamatkan saingan Miss World 2026 di tempat ketiga.

Pencapaian itu melengkapkan perjalanan cemerlang Taanusiya pada edisi ke-73 Miss World, selepas beliau terlebih dahulu mara ke Top 20 menerusi pencapaian Top 2 Beauty With a Purpose, sebelum meneruskan kemaraan sehingga Top 6.

Sebelum membawa cabaran negara ke Miss World 2026, Taanusiya mempunyai pengalaman di pentas antarabangsa menerusi Miss Global 2023. Ketika meraih gelaran Miss World Malaysia, beliau turut membawa pulang tujuh anugerah tambahan termasuk Top Model Award, Best in Evening Gown dan Charity Queen Award.

Kejayaan meraih tempat ketiga Miss World 2026 menjadi kemuncak perjalanan Taanusiya dalam pertandingan itu, selepas melalui beberapa peringkat utama sambil membawa mesej mengenai pendidikan, pemerkasaan generasi muda dan perubahan sosial bersama nama Malaysia di pentas dunia.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement