Skip to main content

Hiburan

‘Ungu 3 Dasawarsa’ Dihadiri Hampir 4,000 Peminat, Bukti Ungu Masih Unggul Selepas Hampir 3 Dekad Dalam Industri

‘Ungu 3 Dasawarsa’ Dihadiri Hampir 4,000 Peminat, Bukti Ungu Masih Unggul Selepas Hampir 3 Dekad Dalam Industri

Sekilas

  • Konsert "Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur" di Idea Live Arena menarik hampir 4,000 peminat yang hadir memeriahkan suasana.
  • Ungu membuka persembahan dengan lagu "Cindai" dan menampilkan kolaborasi bersama Marsha Milan yang mendapat sambutan hangat.
  • Konsert berakhir dengan lagu "Seperti Mati Lampu" dan menunjukkan bahawa karya Ungu masih kekal dekat di hati peminat selepas tiga dekad.
Advertisement

Kehebatan kumpulan muzik terkenal Indonesia, Ungu tidak dapat disangkal lagi apabila konsert “Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur” yang berlangsung pada Sabtu lalu dibanjir hampir 4,000 peminat yang hadir ke Idea Live Arena, Kuala Lumpur.

Kejayaan itu sekaligus membuktikan bahawa karya dan muzik kumpulan Unvu terus dekat di hati peminat Malaysia selepas tiga dekad.

Advertisement

Membuka tirai dengan kesemua mereka lengkap berbaju Melayu, kumpulan Ungu ternyata berjaya membuatkan satu arena Idea Live menjadi riuh apabila memulakan persembahan dengan mendengdangkan lagu yang dipopularkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Cindai.

Lebih menarik, vokalis kumpulan iaitu Pasha dilihat sampai melakukan persembahan silat yang kemudiannya menggamatkan suasana.

Persembahan kemudiannya bergerak ke sisi lebih romantik dan emosional menerusi “Sejauh Mungkin”, “Seperti Yang Dulu” dan “Cinta Dalam Hati”, sebelum penonton kembali dibuai nostalgia menerusi “Gerimis Mengundang”, “Andai Ku Tahu” dan “Bila Tiba”.

Antara detik paling dinantikan malam tersebut hadir apabila Ungu turut menampilkan penyanyi hebat iaitu Marsha Milan yang tampil berkolaborasi bersama menerusi “Bismillah Cinta” dan “Tercipta Untukku”.

Kemunculan Marsha disambut sorakan gemuruh, sebelum kekuatan vokal dan penghayatan kedua-dua pihak menghasilkan dua persembahan yang penuh chemistry dan emosi.

Momen kemuncak kemudiannya hadir dengan seluruh ruang Idea Live Arena bergema dengan nyanyian ribuan peminat yang menyanyikan lagu Demi Waktu bersama-sama Ungu.

Ungu kemudiannya mengakhiri konsert dengan lagu ‘Seperti Mati Lampu’ sekali gus mengakhiri persembahan dalam suasana penuh tenaga, sorakan dan kegembiraan.

Kehebatan konsert itu juga menjadi bukti bahawa karya-karya Ungu masih dekat di hati peminat yang bukan sekadar untuk menyaksikan persembahan, tetapi untuk meraikan setiap lagu yang pernah menjadi sebahagian daripada kisah hidup mereka.

Tiga puluh tahun telah berlalu, namun Ungu tetap unggul. Selagi lagu-lagu mereka terus dinyanyikan dan selagi peminat terus berdiri bersama, perjalanan Ungu akan terus bergema merentasi generasi.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement