Skip to main content

Viral

"Untuk Anak Autism & OKU, Kak Za Hadiahkan Je..." - Sikap Pemurah Azza Elite Sentuh Hati Netizen

Astro Gempak azza kek

Sekilas

  • Azza Elite tidak mengenakan bayaran kepada pelanggan autism dan OKU yang membeli kek di booth jualannya.
  • Seorang ibu berkongsi pengalaman anaknya yang menghidap autism dan ADHD menerima kek percuma dari Azza ketika dirawat di hospital, yang membantu meningkatkan selera makan anaknya.
  • Azza menyediakan lebihan kek setiap kali membuat jualan untuk diberikan secara percuma kepada golongan memerlukan seperti anak autism, OKU, dan orang kurang upaya lain.
Advertisement

Penyanyi dan usahawan Azza Elite menerima pujian ramai selepas berkongsi sikap pemurahnya terhadap golongan autism dan orang kurang upaya (OKU) menerusi perniagaan kek yang diusahakannya.

Menerusi Threads, Azza atau mesra dipanggil Kak Za memaklumkan dia tidak akan mengenakan bayaran kepada pelanggan terdiri daripada anak autism dan OKU sekiranya mereka datang ke booth jualannya.

Advertisement

“Untuk snek autism, OKU tidak perlu bayar. Datang je, Kak Za bagi free,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai termasuk seorang ibu yang berkongsi pengalaman anaknya yang menghidap autism bersama ADHD menerima kek percuma ketika dirawat di hospital.

“Anak saya autism with ADHD… haritu warded kat Hospital Temerloh untuk rawatan ketumbuhan dalam perut.

“Ada orang kasi kek Azza Elite kat dalam ward, siap cakap meh rasa kek artis,” tulis wanita tersebut.

Menurut ibu berkenaan, anaknya yang sebelum itu tidak berselera makan terus menjamah kek tersebut sehingga dia sendiri terharu melihat perubahan anaknya.

“Anak saya dari tak nak makan sebab sakit dan picky terus jamah dengan berselera.

“Masa tu terharu sampai suruh suami cari moist cake yang seakan sekitar Temerloh tapi lepas beli dia sentuh sikit terus tak nak,” katanya lagi.

Membalas perkongsian tersebut, Azza mengakui dia memang akan menyediakan lebihan kek khas untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.

“Kalau Kak Za buat 1,000 kek untuk jualan, Kak Za akan suruh kitchen buat lebih kurang 100 lagi.

“Kalau 2,000 kek, Kak Za suruh kitchen buat 2,100 atau 2,050. Yang selebihnya Kak Za bagi hadiah untuk anak autistic, OKU, orang buta, orang bisu, kerusi roda dan sesiapa yang Kak Za tergerak hati nak bagi,” jelasnya.

Tambah bekas anggota kumpulan Elite itu lagi, dia percaya rezeki yang dimiliki juga datang daripada doa dan kebahagiaan insan lain.

“Rezeki mereka kan sis,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut kemudian dibanjiri pujian netizen yang tersentuh dengan keikhlasan Azza membantu golongan memerlukan tanpa mengharapkan balasan.

Anda mungkin berminat dengan

[TERINGIN.JE] Sour Cream Butter Cake

[TERINGIN.JE] Sour Cream Butter Cake

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

popia simpul 500gram

popia simpul 500gram

Creative ATM Pull Out Red Packet Cute Butter Bear

Creative ATM Pull Out Red Packet Cute Butter Bear

Must Watch Video

Advertisement