Skip to main content

Hiburan

“Untuk Bandingkan Kehidupan Kita Dengan Orang Lain Adalah Tidak Sihat” - Amira Othman

Amira Othman

Sekilas

  • Amira Othman mengingatkan supaya menggunakan media sosial dengan positif dan tidak membandingkan kehidupan dengan orang lain.
  • Beliau menekankan pentingnya bersyukur dengan nikmat kecil dalam hidup seperti bernafas, makan, dan berhubung dengan keluarga.
  • Perkongsian Amira mendapat pujian netizen yang menganggapnya mampu menjadi motivator yang baik.

Menganggap media sosial ada kebaikan dan keburukan, penyanyi Amira Othman berharap semua orang menggunakan platform itu dengan sebaiknya. 

 

Menerusi video yang tular di Threads, Amira berkata laman sosial juga bukanlah tempat untuk membandingkan kehidupan dengan orang lain. 

 

“Sosial media ini ada baik dan tak baiknya. Apa yang baik, kita gunakan, untuk kita kongsikan kebaikan, kita war-warkan perkara baik ke. 

 

“Tapi untuk membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain, adalah tidak sihat la. Pada saya, kalau tengok orang lain bahagia, kita kena tumpang gembira. 

 

“Bersyukur sebab setiap kali dapat ujian, pasti ada nikmatnya. Begitu juga dengan kita la,” kata Amira. 

 

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Fattah Amin ini juga menitipkan pesanan pada dirinya agar untuk sentiasa berasa syukur dengan apa yang dimilikinya kini. 

 

“Untuk saya, untuk nak pesan pada diri saya… saya rasa kena bersyukur, walaupun sekecil-kecil zarah benda yang Allah beri bernafas hari ini, dapat makan pagi tadi, bangun subuh, dapat hubungi ibu ayah, sekecil-kecil benda pun pada saya kena bersyukur. 

 

“Sebab kita tak tahu, orang lain apa ujiannya. Pada saya, jangan risau lebih-lebih sebab memang dunia ini tempat ujian. Jika ada ujian, pasti akan ada hikmahnya, InsyaAllah,” ujarnya. 

 

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji cara Amira menyusun kata selain boleh menjadi seorang motivator. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement