Skip to main content

Hiburan

Usia 61 Tahun, Aamir Khan Selamat Kahwini Kekasih 14 Tahun Lebih Muda Dalam Majlis Tertutup

Astro Gempak 255

Sekilas

  • Aamir Khan, bintang Bollywood berusia 61 tahun, telah berkahwin buat kali ketiga dengan usahawan Gauri Spratt dalam majlis tertutup di Mumbai.
  • Majlis perkahwinan dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat termasuk anak-anak Aamir serta beberapa selebriti terkenal.
  • Aamir dikenali sebagai ikon Bollywood dengan filem-filem popular seperti 3 Idiots dan Dangal, manakala Gauri aktif dalam industri kecantikan dan produksi filem.
Advertisement

Bintang terkenal Bollywood, Aamir Khan, 61, selamat mendirikan rumah tangga bersama usahawan Gauri Spratt, 47, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di kediamannya di Mumbai pada Ahad.

Perkahwinan itu merupakan yang ketiga buat pelakon filem 3 Idiots tersebut.

Majlis berkenaan hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat, termasuk anak-anak Aamir, pengarah Ashutosh Gowariker, pelawak Vir Das dan pelakon Elli AvrRam.

Sebelum ini, Aamir pernah berkahwin dengan penerbit Reena Dutta dari 1986 hingga 2002, sebelum mendirikan rumah tangga 

Aamir dan Gauri dilaporkan mula berkenalan lebih dua dekad lalu sebelum kembali menjalinkan hubungan menerusi sepupu pelakon itu.

Mereka mengumumkan hubungan secara terbuka pada Mac 2025 sempena sambutan ulang tahun kelahiran Aamir yang ke-60.

Sepanjang lebih lima dekad dalam industri perfileman India, Aamir dikenali sebagai antara ikon terbesar Bollywood menerusi filem-filem pecah panggung seperti Ghajini (2008), 3 Idiots (2009) dan PK (2014).

Filem Dangal (2016), yang diterbitkan dan dibintangi beliau, masih kekal sebagai filem India dengan kutipan tertinggi di dunia, meraih lebih AS$300 juta (kira-kira RM1.2 bilion).

Gauri pula dilaporkan aktif dalam industri kecantikan dan kini turut menyumbang secara kreatif kepada syarikat produksi Aamir Khan Productions.-Agensi

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Must Watch Video

Advertisement