Skip to main content

Bollywood

Usia 61 Tahun, Aamir Khan Umum Bakal Kahwini Kekasih 14 Tahun Lebih Muda

ASTRO GEMPAK aamir kahwin

Sekilas

  • Aamir Khan mengumumkan akan berkahwin dengan Gauri Spratt pada 5 Julai dalam majlis tertutup di kediamannya di Mumbai.
  • Majlis perkahwinan yang sederhana itu akan dihadiri kira-kira 150 tetamu termasuk anak-anak dari perkahwinan terdahulu Aamir.
  • Aamir menganggap Gauri sebagai sumber ketenangan dalam hidupnya dan berharap peminat mendoakan kebahagiaan mereka.
Advertisement

Pesohor Bollywood, Aamir Khan mengumumkan bakal berkahwin dengan kekasihnya, Gauri Spratt dalam sebuah majlis tertutup yang  bakal berlangsung pada hujung minggu.

Pengumuman tersebut dibuat Aamir kepada media tempatan.

Advertisement

“Ya, saya akan berkahwin pada 5 Julai ini. Majlis akan berlangsung dengan sederhana di rumah. 5 Julai adalah hari paling bermakna buat kami,” kata Aamir seperti dilaporkan ANI.

Aamir, 61, juga meminta peminat merestui perkahwinan dengan Spratt, 47.

“Tolong restu perkahwinan kami dan doakan kami hidup bahagia bersama. Ini akan menjadi majlis yang sangat sederhana untuk keluarga dan teman dekat,” ujarnya lagi.

Advertisement

Menurut laporan sama, dianggarkan majlis yang bakal berlangsung di kediaman bintang Lagaan itu di kediamannya di Bandra, Mumbai bakal dihadiri sekitar 150 tetamu.

Anak-anak hasil perkahwinan terdahulu pasangan tersebut juga dilaporkan akan hadir sama. Ini termasuklah anak Aamir daripada perkahwinan pertama bersama Reena Dutta, Ira Khan dan anak lelaki daripada perkahwinan keduanya bersama Koran Rao, Azad Rao Khan.

Perkahwinan bersama wanita yang berasal dari Bengaluru itu akan menjadi perkahwinan ketiga Aamir. Aamir pertama kali berkahwin dengan Duttan pada 1986 sebelum bercerai pada 2002. Bintang itu kemudian berkahwin kali kedua pada tahun 2005 sebelum mengumumkan bercerai pada 2021.

Aamir kemudian mengesahkan hubungan cinta dengan Spratt pada tahun 2025 sewaktu merayakan ulang tahun ke-60nya.

Dałam satu temu bual, Aamir menyifatkan dirinya bertuah karana bertemu Spratt yang disifatkan membawa ketenangan dałam hidupnya.

“Saya akhirnya berasa hidup sempurna,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

Must Watch Video

Advertisement