Skip to main content

Hollywood

Usia 78 Tahun, Bapa Gigi & Bella Hadid Bertunang Dengan Pakar Perceraian 35 Tahun Lebih Muda!

Usia 78 Tahun, Bapa Gigi & Bella Hadid Bertunang Dengan Pakar Perceraian 35 Tahun Lebih Muda!

Sekilas

  • Mohamed Hadid, bapa kepada supermodel Gigi dan Bella Hadid, bertunang dengan Keni Silva yang 35 tahun lebih muda daripadanya.
  • Keni menerima lamaran secara spontan ketika mereka meraikan pencapaiannya di Polo Lounge, Beverly Hills.
  • Ini bakal menjadi perkahwinan ketiga Mohamed selepas dua perkahwinan terdahulu dan mereka belum mengumumkan tarikh perkahwinan.
Advertisement

Bapa kepada dua supermodel terkenal dunia, Gigi dan Bella Hadid, Mohamed Hadid sekali lagi menjadi perhatian selepas mengumumkan pertunangannya dengan seorang wanita yang berusia 35 tahun lebih muda daripadanya.

Usahawan hartanah berusia 78 tahun itu kini bertunang dengan Keni Silva, 43, yang merupakan seorang pakar perceraian.

Advertisement

Memetik laporan Wolipop, berita pertunangan tersebut dikongsikan Keni ketika menghadiri acara Vogue Arabia Ball 2026: Art Edition baru-baru ini.

Menariknya, Keni mengakui tidak menyangka Mohamed bakal melamarnya ketika mereka menikmati masa bersama di Polo Lounge, Beverly Hills, California.

Tak Sangka Dilamar Ketika Raikan Kejayaan

Advertisement

Menurut Keni, dia pada awalnya menyangka pertemuan tersebut sekadar untuk meraikan pencapaian peribadinya.

“Pada mulanya, saya langsung tidak menyangka akan dilamar. Saya fikir kami hanya akan meraikan pencapaian saya,” katanya seperti dilaporkan Page Six.

Keni menyifatkan lamaran itu sebagai detik yang indah dan intim, sesuai dengan keperibadiannya yang lebih menghargai keikhlasan berbanding kemewahan.

“Saya bukan jenis individu yang memerlukan majlis besar atau kejutan mewah untuk berasa disayangi. Bagi saya, perkara paling penting ialah keikhlasan di sebaliknya,” jelasnya.

Jatuh Cinta Kerana Keperibadian

Keni turut meluahkan rasa kagum terhadap Mohamed yang sentiasa menyokong cita-cita dan impiannya.

“Dia menyokong cita-cita saya, menggalakkan saya mengejar impian dan membiarkan saya terbang tanpa pernah cuba mematahkan sayap saya,” katanya.

Sementara itu, Mohamed mengakui tertarik dengan kesederhanaan Keni, semangatnya menikmati kehidupan serta sifat penyayang wanita tersebut terhadap kanak-kanak.

“Saya rasa saya hampir terus jatuh cinta sebaik sahaja mengenali hatinya. Dia bukan sahaja cantik pada luaran, tetapi juga memiliki hati dan jiwa yang indah,” katanya.

Pasangan itu dilaporkan mula menjalinkan hubungan cinta pada November 2023 sebelum mengambil keputusan untuk bertunang.

Bakal Berkahwin Buat Kali Ketiga

Sekiranya hubungan tersebut berakhir di jenjang pelamin, perkahwinan itu bakal menjadi yang ketiga buat Mohamed.

Sebelum ini, Mohamed pernah mendirikan rumah tangga dengan Mary Butler sebelum mereka berpisah pada 1992.

Beliau kemudian berkahwin dengan bekas model, Yolanda Hadid pada 1994, namun hubungan mereka berakhir dengan perceraian pada tahun 2000.

Hasil perkahwinan dengan Yolanda, Mohamed dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Gigi, Bella dan Anwar Hadid.

Beliau turut mempunyai dua anak perempuan, Marielle dan Alana, hasil perkahwinan pertamanya, selain seorang lagi anak perempuan bernama Aydan Nix daripada hubungan terdahulu.

Setakat ini, pasangan tersebut belum mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.

Sumber: Wolipop/Detik, 17 November 2026.

Anda mungkin berminat dengan

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Must Watch Video

Advertisement