Skip to main content

Hiburan

Usia Dah 55 Tahun Tapi Masih Nampak Muda! Ini Rahsia Kecantikan Amy Mastura

Menurut Amy atau nama lengkapnya Amy Mastura Suhaimi, dia hanya menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak mengamalkan rutin penjagaan diri yang terlalu ketat.

Sekilas

  • Amy Mastura, walaupun berusia 55 tahun, masih kelihatan muda dan tidak mengamalkan rutin penjagaan diri yang ketat.
  • Dia tidak menjaga pemakanan secara khusus dan menikmati pelbagai jenis makanan tanpa sebarang pantang.
  • Amy percaya sikap positif dan selalu senyum adalah antara faktor yang membantu penampilannya kekal segar.
Advertisement

Meskipun usianya sudah mencapai 55 tahun, namun wajah pelakon dan penyanyi Amy Mastura kekal kelihatan muda seperti tidak dimamah usia. 

Menurut Amy atau nama lengkapnya Amy Mastura Suhaimi, dia hanya menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak mengamalkan rutin penjagaan diri yang terlalu ketat.

Advertisement

"Sebenarnya tiada apa-apa rahsia. Saya juga meniti usia sama seperti yang lain, cuma saya ni boleh cover up dengan make-up. Kita juga ada AI," selorohnya.

Berkongsi mengenai gaya hidupnya, Amy berkata dia bukanlah seorang yang terlalu menjaga pemakanan atau mengamalkan diet tertentu.

Sebaliknya, dia mengakui menikmati pelbagai jenis makanan tanpa sebarang pantang.

Advertisement

"Kalau bercakap pasal makan, pemakanan saya pun tidaklah berapa sihat macam sesetengah orang. Semua saya makan, tiada pantang pun," katanya.

Bagaimanapun, Amy percaya antara perkara yang mungkin menyumbang kepada penampilannya yang sentiasa kelihatan segar ialah sikap positif dan amalan sentiasa mengukir senyuman.

"Mungkin sentiasa senyum, sebab senyum itu kan sedekah. Mungkin anda boleh senyum," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

LANEIGE Water Bank Blue Hyaluronic Essence Toner 160 ml -Essence Toner for Combination to Oily Skin

LANEIGE Water Bank Blue Hyaluronic Essence Toner 160 ml -Essence Toner for Combination to Oily Skin

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Must Watch Video

Advertisement