Pelakon Sweet Qismina memaklumkan dirinya masih belum bercadang untuk mendapatkan zuriat melalui kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bersama suaminya, Adam Lee.
Menurut Sweet, 28, usia perkahwinan mereka masih lagi muda malah tidak tergesa-gesa untuk mendapatkan anak dalam masa terdekat.
Advertisement
"Saya tak pernah terfikir nak buat apa-apa rawatan, saya masih baru dalam rumah tangga, baru tiga tahun dan masih baru sangat.
"Saya masih muda dan saya akan follow the flow. Ada rezeki ada kerana itu semua Allah punya kerja," katanya
Sweet berkongsi perkara itu sebaik sahaja selesai acara Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Angkasapuri.
Jelas Sweet lagi, walaupun masih belum dikurniakan Zuriat namun dia dan suaminya tetap bahagia.
Bagaimanapun mereka tidak menolak sekiranya dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.
Tambahnya lagi, keluarga juga tidak pernah memaksa untuk mereka mendapatkan zuriat secepat mungkin.
"Saya gembira sekarang ini mana tahu ada zuriat selepas ini. Apa-apa pun saya dan suami tak pernah ada tekanan langsung daripada orang luar.
"Kami sangat bersyukur keluarga sangat beri semangat doakan yang baik. Rezeki saya tahun ini mana tahu rezeki zuriat pun datang juga tahun ini," luahnya.
Sebelum ini, media melaporkan Adam, 30, masih belum merancang menggunakan kaedah tersebut untuk mendapatkan anak.
Untuk rekod, Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.
Dalam perkembangan lain, Sweet memberitahu dia tidak menyangka rezekinya memihak kepadanya selepas hampir dua dekat berada dalam industri.
Malah ini juga merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke acara FFM.
"Ini trofi pertama dan watak pertama yang besar dan kali pertama saya datang ke FFM juga," luahnya.