Ringkasan AI
- Ariel, vokalis NOAH, diumumkan akan memegang watak Dilan dewasa dalam filem Dilan ITB 1997.
- Pengumuman dibuat oleh penulis novel Dilan ITB 1997 dan Falcon Pictures.
- Ariel mengaku sempat galau sebelum menerima tawaran kerana ingin mengejar impian pendidikan.
- Dia pernah memohon ke Fakulti Seni Rupa dan Desain ITB tetapi tidak diterima.
- Ariel pernah belajar seni bina di Universitas Parahyangan sebelum fokus pada kerjaya muzik.
Vokalis NOAH, Ariel menimbulkan keterujaan dalam kalangan peminat selepas diumumkan bakal menghangatkan layar lebar menerusi bakat lakonannya.
Ariel atau nama sebenarnya, Nazril Irham diumumkan akan memainkan watak ikonik Dilan yang sudah mempunyai beberapa francais sebelum ini.
Kali ini, Ariel diumumkan sebagai pemegang watak Dilan dewas dalam filem Dilan ITB 1997. Pengumuman tersebut disampaikan oleh penulis novel Dilan ITB 1997 dan rumah produksi Falcon Pictures.
Menerusi laporan Kompas, Ariel yang kini berusia 44 tahun mengaku sempat galau saat ditawarkan watak tersebut.
Namun penyanyi Separuh Aku itu memutuskan bersetuju kerana ingin mewujudkan mimpinya terutama dalam pendidikan.
Sebelum menjadi bintang terkenal, Ariel mengaku mempunyai cita-cita melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Bandung (ITB). Dia memasang impian menjadi mahasiswa Fakultas Seni Rupa dan Desain (FSRD) kampus tersohor itu.
“Dulu selepas lulus sekolah menengah saya sempat mendafatr di fakulti FSRD ITB tetapi tidak diterima.
“Jadi bayangan menjadi mahasiswa di ITB terus lenyap. Maka peran Dilan ini seperti memberi kesempatan buat Ariel menjadi mahasiswa sekiranya dulu diterima di FSRD ITB,” akui Ariel.
Lebih lanjut, Ariel mengatakan selepas gagal mendapatkan tempat di ITB dia melanjutkan kuliah dalam bidang artikek di Universitas Parahyangan (Unpar), Bandung pada 2001.
Dirinya hanya sempat menjadi mahasiswa untuk dua semester kerana mula terkenal menerusi Peterpan.
“Pada awalnya saya minta cuti tapi komunikasi kurang baik dengan dekan, jadi tidak boleh cuti.
Dia bilang 'kamu mahu nyanyi atau mahu cuti', akhirnya ya sudah cabut ajalah dulu," kata Ariel di YouTube Soleh Solihun.