Skip to main content

Hiburan

Ustaz Mad Kecik Akhiri Zaman Bujang, Selamat Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz

Ustaz Mad Kecik

Sekilas

  • Ustaz Mad Kecik atau Muhammad Abdullah selamat melangsungkan pernikahan dengan Nor Suhada Binti Mohd Azam pada Jumaat lalu.
  • Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ustaz Mad Kecik menerusi TikTok dengan ucapan doa dan harapan agar rumah tangga mereka diberkati.
  • Netizen turut memberikan ucapan tahniah, manakala Ustaz Mad Kecik dikenali selepas menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla tahun lalu.

Pendakwah dan aktivis kemanusiaan yang dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya pada Jumaat.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Ustaz Mad Kecik atau nama sebenarnya Muhammad Abdullah menerusi perkongsian di TikTok.

“Alhamdulillah, syukur Kepada Allah Taala telah selesai majlis akad nikah Ustaz Muhammad Bin Abdullah dengan pasangannya, Nor Suhada Binti Mohd
Azam.

"Semoga Allah memberkati kalian berdua, melimpahkan keberkatan ke atas kalian, dan menghimpunkan kalian dalam kebaikan."

“Tahniah di atas penyatuan dua hati
dalam ikatan yang diredhai Allah. Semoga rumah tangga yang dibina dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah hingga ke syurga,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah terhadap Ustaz Mad Kecik atas pernikahannya itu.

Untuk rekod, Ustaz Mad Kecik mula dikenali selepas menyertai misi kemanusiaan, Global Sumud Flotilla pada tahun lalu.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement