Sekilas
- Ustaz Wadi Annuar mengingatkan umat Islam supaya tidak membuka atau menyebarkan aib orang lain kerana ia bukan akhlak sebenar seorang muslim.
- Beliau menegaskan supaya fokus memperbaiki diri sendiri dan bertaubat kepada Allah daripada sibuk menilai dosa orang lain.
- Ustaz Wadi juga menjelaskan bahawa Allah menilai seseorang berdasarkan pengakhiran hidup, bukan masa lalu mereka.
Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar memberikan peringatan buat umat Islam agar tidak sesekali membuka atau menyebarkan aib orang lain.
Menerusi perkongsian di TikTok, Ustaz Wadi Annuar menegaskan bahawa sikap suka membuka aib orang lain bukanlah cerminan sebenar bagi akhlak seseorang muslim.
“Jangan sibuk nak tunjuk orang lain jahat, orang lain itu niatnya tak betul.
“Jangan sibuk nak tunjuk orang itu ahli neraka dan jangan sibuk aib dan salah orang.
“Jangan sibuk dengan dosa orang tetapi sibuklah akan taubat kamu kepada Allah,” kongsinya.
Tambah Ustaz Wadi, seeloknya seseorang itu memberikan fokus memperbaiki kelemahan diri memandangkan kita tidak akan pernah tahu pengakhiran bagi kehidupan seseorang.
Perjelasnya, Allah tidak pernah menilai seseorang itu berdasarkan masa lalu sebaliknya pengakhiran hidup yang akan menjadi penentu.
“Kamu punya hidup serta arah tujuan roh kamu pun kamu tak tahu ‘ending’ macam mana.
“Kadang-kadang ‘ending’ seseorang itu baik sebab Allah sayang dia,” kongsinya lagi.
Sumber: TikTok