Skip to main content

Hiburan

Ustazah Asma’ Harun Beri Peringatan Buat Jenama Busana Raya, Jangan Normalisasi Content Pasangan Belum Menikah Demi Marketing - “Malu & Tak Patut!”

bgg

Sekilas

  • Ustazah Asma’ Harun menegur trend normalisasi pasangan belum bernikah yang menunjukkan kandungan berlebihan di media sosial atas alasan kerja atau pemasaran produk.
  • Beliau menegaskan tindakan itu melanggar batasan syarak dan lebih menyedihkan apabila melibatkan pemimpin masyarakat serta individu Muslim berpengaruh.
  • Asma’ mengingatkan pemilik produk agar tidak mengabaikan prinsip agama demi keuntungan, terutama menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba.

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menegur secara terbuka trend normalisasi pasangan belum bernikah yang menghasilkan kandungan berlebihan di media sosial atas alasan kerja atau pemasaran produk.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Asma’ menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak wajar dan melanggar batasan syarak, apatah lagi apabila ia dipersembahkan secara ‘sweet’ dan mesra sehingga mengundang pujian netizen.

“Malu dan memang tak patut, hentikanlah normalisasi pasangan belum nikah atau akan nikah, atas dasar kerja sekalipun buat content berlebihan, sweet, comel ke apa. 

“Netizen pun galak memuji bukan menegur, akhirnya ramai ikut tayang couple terbuka,” katanya.

refefr

Menurut Asma’, situasi itu lebih menyedihkan apabila melibatkan pemimpin masyarakat serta individu Muslim berpengaruh yang sepatutnya menjadi contoh baik kepada golongan muda, namun bertindak sebaliknya.

“Situasi ini lagi menyedihkan bila dalam kalangan pemimpin masyarakat dan individu Muslim berpengaruh, yang sepatutnya tunjuk contoh yang baik kepada anak muda, tapi jadi sebaliknya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Asma’ turut mengingatkan para pemilik produk dan jenama agar tidak mengutamakan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan prinsip agama, terutama menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba.

“Sekarang dah masuk Rejab ni, janganlah nanti dah Ramadan makin banyak content yang tak patuh syariah semata-mata nak iklan Raya,” katanya.

Asma’ turut menegaskan bahawa mencari rezeki perlu disertai dengan keberkatan dan tidak boleh menghalalkan cara yang bercanggah dengan syarak.

“Kepada pemilik produk atau busana, janganlah kerana nak lariskan jualan sanggup berhabis buat marketing asal viral walau melampaui batas syarak. Adakah tak mahu cari keberkatan dalam mencari rezeki?

“Kebaikan dan keburukan tidak boleh dicampur aduk. Ini salah faham besar dan ia adalah tipu daya iblis,” tegasnya.

Sumber: Facebook

Must-Watch Video

Advertisement