Pempengaruh, Aisar Khaled sekali lagi menyorot perhatian ramai selepas mengiringi jenazah seorang pemandu teksi motosikal di Indonesia yang bernama Affan Kurniawan.
Menerusi satu hantaran di platform X, Aisar dilihat sempat mengusung keranda Affan sebelum diletakkan ke dalam sebuah kenderaan.
Bagaimanapun, tindakan Aisar itu mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen dan rata-rata mempersoalkan tindakannya membuat ‘content’ di tanah perkuburan.
“Disgusting!! mencari kesempatan dengan keadaan duka orang lain untuk kontennya, nirempati!
“He’s such a clout chaser
“For God sake, Aisar dah terlalu crave for attention to the point die nak tunggang isu kematian Affan ni. Oh God, die sgt memalukan & he got no sense at all.
“Cringe final boss
“Cloud chaser,” komen netizen.
Terdahulu media melaporkan, Affan yang bekerja sebagai pemandu gojek bagi menyara tujuh ahli keluarganya maut selepas digilis kenderaan taktikal ‘Barracuda’ milik polis Indonesia ketika berlakunya demonstrasi penduduk di Bendungan Hilir, Jakarta.
Difahamkan, ketika kejadian Affan yang baru sahaja berusia 21 tahun sedang dalam perjalanan menghantar makanan untuk pelanggannya.
Advertisement
Susulan kejadian itu, Ketua Polis Indonesia serta Presiden Prabowo Subianto tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga Affan dan mengesahkan tujuh anggotanya yang berada di dalam kenderaan taktikal tersebut telah ditahan.