Skip to main content

Hiburan

Utamakan Diet Seimbang Anak-Anak, Diana Danielle Cari Cef Peribadi - “Mereka Tak Boleh Hari-Hari Makan Nasi Lauk Biasa…”

Astro Gempak 490

Sekilas

  • Pelakon Diana Danielle sedang mencari cef peribadi yang mahir dalam nutrisi untuk menyediakan makanan seimbang bagi anak-anaknya.
  • Dia memerlukan cef yang boleh memasak dua hingga tiga hidangan setiap hari dengan variasi menu yang sesuai untuk jadual padat anak-anaknya.
  • Diana membuka peluang kepada sesiapa yang berminat dan berkelayakan untuk menghubunginya, dengan kemungkinan mula bekerja pada Ogos nanti.

Pelakon Diana Danielle menarik perhatian ramai selepas berkongsi hasrat mencari cef peribadi untuk menyediakan makanan buat anak-anaknya.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Diana berkata dia memerlukan individu yang mempunyai pengetahuan dalam nutrisi selain mampu menyediakan pelbagai jenis hidangan setiap hari.

scdvf

“Mungkin saya perlukan cef peribadi di rumah. Yang boleh datang awal pagi dan masak dua atau tiga hidangan sehari.

“Anak-anak saya perlukan variasi makanan yang saya rasa pembantu rumah biasa tak boleh sediakan, tambahan pula saya sangat sibuk tahun ini,” tulisnya.

Menurut Diana lagi, jadual harian anak-anaknya yang padat memerlukan mereka mengambil makanan lebih seimbang dan khusus.

“Mereka tak boleh hari-hari makan nasi dengan lauk biasa.

“Mereka perlukan makanan tertentu untuk jadual mereka yang intensif,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon filem Imaginur itu juga turut membuka peluang kepada mana-mana individu yang mempunyai kemahiran memasak serta ilmu berkaitan nutrisi untuk menghubunginya.

“Kalau anda ada pengetahuan tentang nutrisi, boleh masak pelbagai jenis hidangan dan boleh jadi cef peribadi, DM saya.

“Mungkin mula bekerja sekitar Ogos nanti,” ujarnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

Decathlon Camping/Outdoor Folding Chair (Compact Design, Max Load: 110kg) - Quechua

Decathlon Camping/Outdoor Folding Chair (Compact Design, Max Load: 110kg) - Quechua

DESSINI ITALY iNM-24 Die Cast Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool PERIUK (24cm)

DESSINI ITALY iNM-24 Die Cast Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool PERIUK (24cm)

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

DESSINI ITALY iNM-28 Die Cast Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool PERIUK (28cm)

DESSINI ITALY iNM-28 Die Cast Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool PERIUK (28cm)

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Must Watch Video

Advertisement