Skip to main content

Hiburan

Uyaina Arshad Jadikan Insiden Kemalangan Ibu & Ayah Sebagai Satu Iktibar - “Ia Buatkan Saya Lebih Hargai Yang Tersayang”

Uyaina Arshad

Sekilas

  • Uyaina Arshad berkongsi pengalaman kemalangan yang melibatkan ibu dan bapanya yang dirempuh kenderaan melanggar lampu isyarat merah.
  • Dia bersyukur kerana kedua ibu bapanya selamat dan insiden itu membuatkan dia lebih menghargai orang tersayang.
  • Uyaina menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan peka ketika memandu di jalan raya.

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad menjadikan insiden kemalangan melibatkan ibu dan bapanya sebagai satu iktibar.

Menurut pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad itu, kejadian itu juga membuatkan dirinya menjadi lebih menghargai orang yang tersayang.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana cuma rasa bersyukur sangat ibu dan babah tak ada apa-apa.

“Kejadian ini membuatkan saya rasa lebih menghargai orang yang tersayang,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini menitipkan pesan kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

“Kadang-kadang bila kita berhati-hati ada pula pemandu lain yang tak bertanggungjawab.

“Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan semoga kita semua dilindungi Allah SWT,” katanya lagi.

Pada Sabtu, Uyaina menyorot perhatian apabila berkongsi mengenai ibu dan bapanya yang terlibat dengan kemalangan.

Menurut Uyaina, ibu bapanya dirempuh oleh sebuah kenderaan yang melanggar lampu isyarat berwarna merah dipercayai sedang melarikan diri dari pihak polis kerana membawa dadah.

Uyaina bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana kedua ibu bapanya berada dalam keadaan yang selamat.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement