Skip to main content

Hiburan

Uyaina Arshad Kecewa Masih Ada Perlekeh Ibu Bersalin Czer - “Lucunya, Komen Merendahkan Itu Datang Daripada…”

ASTROGEMPAK Uyaina Arshad

Sekilas

  • Uyaina Arshad berkongsi rasa terkilan dengan stigma negatif terhadap ibu yang bersalin secara C-section, terutama komen dari wanita dan ibu sendiri.
  • Dia menegaskan bahawa bersalin normal atau C-section kedua-duanya memerlukan kekuatan luar biasa dan proses pemulihan selepas C-section lebih lama dan mencabar.
  • Uyaina berharap masyarakat lebih menghormati dan bersikap baik kepada semua ibu tanpa mengira kaedah kelahiran mereka.

Pengacara Uyaina Arshad meluahkan rasa terkilan dengan stigma yang masih dilemparkan terhadap ibu yang bersalin melalui kaedah pembedahan Caesarean (C-section).

 

Menerusi hantaran di Threads, Uyaina mengakui dia pernah menerima pertanyaan yang membuatkan dirinya berfikir panjang selepas melahirkan anak pertama secara emergency C-section.

 

Menurut Uyaina, apa yang lebih mengecewakan apabila komen-komen sedemikian kebanyakannya datang daripada golongan wanita dan ibu sendiri.

 

“‘Tak boleh bersalin normal ke? Sayang la’. Ni soalan yang I pernah dapat waktu bersalin anak pertama through emergency  C-Section. Perkataan ‘sayang la’ tu buat I banyak berfikir. 

 

“Melahirkan ‘ikut tingkap’ ni memang dipandang rendah ke? Sebab dorang anggap, ‘oh tak layan contraction, tak perlu tunggu bukaan, tak kena seluk, tak perlu teran, tak koyak, tak itu tak ini.’

 

“Lucunya, komen-komen yang merendahkan itu datang daripada wanita dan ibu. Kalau lelaki yang cakap, saya tak ambil hati sangat sebab mereka tak pernah melalui pengalaman melahirkan,” kongsinya. 

 

Dalam pada itu, Uyaina berkata dia sudah melalui tiga kali proses kelahiran secara C-section, dengan pengalaman pertama menjadi detik paling mencabar dalam hidupnya.

 

“Hakikatnya, melahirkan secara normal atau C-section, both are equally powerful. Kedua-duanya memerlukan kekuatan luar biasa. I melalui tiga kali C-Sections. Kali pertama paling menyakitkan. Mental dan fizikal tak ready sebab emergency. 

 

“Menangis teruk sebab plan nak bersalin normal, tapi Allah had a better plan for me. Kali kedua I pilih elective Caesar. Kali ketiga pun sama. I wouldn’t say it’s less painful, but I think it’s more bearable sebab I lebih prepare, mentally.

 

“Dan stigma yang paling mengecewakan ialah orang ingat bersalin operate ni tak sakit. Sebab kena bius separuh badan kan,” ujarnya. 

 

Justeru, Uyaina berharap masyarakat lebih menghormati setiap ibu tanpa mengira kaedah mereka melahirkan anak.

 

“Tapi apa yang orang tak tahu; penjagaan dan pemulihan lepas Caesar tu sebenarnya lebih lama lagi. Lepas first C-Section, I rasa badan I macam kena lenyek lori 🫠 Seluruh badan sakit. 

 

“I consider myself lucky sebab jahitan luka I tak terbuka, tak kena infection dan kena jahit balik. Bersyukur sangat. Tapi ada ibu c-section yang pernah melaluinya.  And it’s crazy! 😭

 

“Sebab tu la I rasa perlu untuk masyarakat to be kind to every mother regardless of dia bersalin normal, atau melalui C-Section. Masing-masing ada strugglenya sendiri. Just be kind,” ujarnya. 

 

Mengakhiri perkongsiannya, Uyaina menyifatkan parut pembedahan pada tubuhnya sebagai simbol kekuatan dan pengorbanan yang akan sentiasa dikenang.

 

“Sekarang, setiap kali saya tengok diri di cermin, saya tengok parut c-section, saya sentiasa ingatkan betapa kuatnya saya. Ini bukan sekadar parut, ia hadiah tak semua orang dapat. 33 dengan tiga anak, saya sangat bersyukur. Alhamdullilah,” katanya lagi. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

UNISEX Acupressure Reflexology Foot Healthy Massage Slippers Acupuncture Sandal Massager / Selipar Urut Akupuntur

UNISEX Acupressure Reflexology Foot Healthy Massage Slippers Acupuncture Sandal Massager / Selipar Urut Akupuntur

Moom Health™ Digestive Relief On The Go - de/bloat | Relieves Bloating & Digestive Discomfort for Gut Health (10 Caps)

Moom Health™ Digestive Relief On The Go - de/bloat | Relieves Bloating & Digestive Discomfort for Gut Health (10 Caps)

Height Increase Insoles For Men/Women 1.5/2.5/3.5 cm Up Invisiable Arch Support Orthopedic Insoles Shock Absorption Insert

Height Increase Insoles For Men/Women 1.5/2.5/3.5 cm Up Invisiable Arch Support Orthopedic Insoles Shock Absorption Insert

Must Watch Video

Advertisement