Skip to main content

Hiburan

Uyaina Arshad Larang Tetamu Cium Baby Masa Raya, Tak Kisah Dilabel ‘Overprotected’ Demi Kesihatan Anak

Astro Gempak 304

Sekilas

  • Uyaina Arshad melarang orang ramai mencium bayinya terutama semasa musim perayaan Aidilfitri bagi mengelakkan risiko jangkitan.
  • Dia sedia menegur sesiapa yang ingin mencium anaknya dan lebih rela membenarkan orang memegang bayi daripada mencium.
  • Uyaina tidak kisah jika dianggap terlalu melindungi kerana tanggungjawab menjaga anak adalah di tangan ibu bapa.

Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengambil langkah berjaga-jaga dengan melarang orang ramai mencium bayinya, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan Aidilfitri yang sinonim dengan kunjungan ramai tetamu.

Menurut Uyaina, dia sudah bersedia lebih awal untuk menegur sesiapa sahaja yang ingin mencium anaknya demi mengelakkan risiko jangkitan.

“Saya memang akan cakap, jangan cium ya. Jangan cium baby ini. Kalau nak pegang, boleh lagi, itu okey,” katanya.

Tambahnya, dia sedar ada segelintir pihak yang mungkin kurang bersetuju dengan pendekatan tersebut, namun memilih untuk tidak mengendahkan pandangan negatif.

“Saya faham ada yang akan kata, ‘kenapa tak bagi cium pula, macam awak seorang saja ada anak’.

“Tapi bagi saya, saya pekakkan telinga sahaja. Yang penting anak saya sihat,” ujarnya.

Menurut Uyaina, larangan itu dibuat kerana bimbang risiko jangkitan yang boleh berlaku kepada bayi yang masih kecil.

“Kita semua tahu kalau sebarangan cium bayi yang baru lahir, benda itu boleh menyebabkan jangkitan. Banyak kes yang dah berlaku,” katanya.

Dalam masa sama, Uyaina menegaskan dia tidak kisah jika dilabel sebagai terlalu melindungi kerana tanggungjawab menjaga anak terletak pada ibu bapa.

“Kalau bukan mak ayah yang lindungi anak itu, siapa lagi? Jadi memang saya tak bagi orang cium dan saya akan cakap terus terang. Biasanya orang pun faham,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement