Skip to main content

Hiburan

Uyaina Arshad Syukur Terima Pujian Netizen Ketika Kendali 'Live' Nikah BASS, Akui Bukan Tugas Mudah - “Sangat Susah Sebab…”

Uyaina Arshad Syukur Terima Pujian Netizen Ketika Kendali 'Live' Nikah BASS, Akui Bukan Tugas Mudah - “Sangat Susah Sebab…”

Sekilas

  • Uyaina Arshad bersyukur menerima pujian selepas mengendalikan siaran langsung majlis pernikahan Bella Astillah dan Syed Saddiq bersama Radin.
  • Pengalaman hampir sembilan tahun mengendalikan siaran langsung membantu Uyaina mengharungi cabaran majlis yang melibatkan VIP dan suasana sibuk.
  • Penonton turut tertarik dengan barang kemas dan tudung yang digayakan Uyaina, hasil kolaborasi bersama jenama Orians Gold.
Advertisement

Menerima maklum balas positif selepas mengendalikan siaran langsung majlis pernikahan Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pengacara Uyaina Arshad meluahkan rasa syukur apabila usahanya bersama penyampai radio Radin mendapat pujian ramai.

Menurut Uyaina, pengalaman hampir sembilan tahun mengendalikan program secara langsung banyak membantunya menggalas tanggungjawab tersebut meskipun sudah lama tidak terlibat dengan siaran seumpama itu.

Advertisement

“Saya dah lama tak buat siaran langsung. Kali terakhir tahun lepas ketika masih bersama program Wanita Hari Ini.

“Mungkin pengalaman yang saya timba selama lapan atau sembilan tahun mengendalikan siaran langsung membantu ketika majlis pernikahan itu.

“Memang tak senang, sangat-sangat susah sebab jenama banyak, penaja banyak, tetamu kenamaan (VIP) ramai, malah beberapa bekas Perdana Menteri pun hadir,” katanya.

Advertisement

Mengulas lanjut, Uyaina berkata suasana majlis yang sibuk turut menuntutnya memberikan tumpuan kepada pelbagai perkara secara serentak bagi memastikan kelancaran siaran.

“Kena dengar arahan melalui alat pendengar, tengok monitor, kamera dan dalam masa sama dengar apa yang Radin cakap.

“Dalam dewan pula memang bising sebab ada pengacara majlis lain di belakang. Keseluruhan situasi itu memang agak menyesakkan.

“Tapi saya rasa sebab ada Radin yang juga berpengalaman dan biasa mengendalikan siaran langsung, semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang menonton,” ujarnya.

Dalam pada itu, Uyaina turut terhibur apabila menyedari sebahagian penonton sebenarnya lebih tertarik dengan barang kemas dan tudung yang digayakannya sepanjang siaran berlangsung.

“Yang saya baca, ramai sebenarnya tengok emas! Dengan koleksi tudung sekali.

“Saya sampai fikir, ‘Ya Allah, orang tengok emas sebenarnya?’ Tapi itu bukan koleksi saya, saya berkolaborasi dengan jenama Orians Gold.

“Mereka yang berikan untuk saya pakai. Tak sangka pula orang nampak keserasian saya dengan Radin,” katanya sambil ketawa.

Tidak menafikan dirinya memang menggemari barang kemas, Uyaina turut berseloroh mengenai minat terhadap emas yang sebelum ini disangkakan hanya keinginan ketika mengandung.

“Saya memang suka emas. Waktu mengandung dulu, saya ingat mengidam.

“Rupa-rupanya bukan sebab mengandung, memang itu diri saya. Saya pula salahkan bayi dalam perut waktu itu,” selorohnya.

Terdahulu, Uyaina dan Radin menerima pujian warganet atas keserasian serta cara pengendalian siaran langsung majlis pernikahan Bella dan Syed Saddiq yang berlangsung di Menara Merdeka 118 pada 10 Oktober lalu.

Anda mungkin berminat dengan

WARRIX Malaysia Lifestyle Oversize Jersey Football Futsal Sports Shirt Unisex Breathable Lightweight

WARRIX Malaysia Lifestyle Oversize Jersey Football Futsal Sports Shirt Unisex Breathable Lightweight

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

82602 Women Pants/Seluar Perempuan slack mini bootcut wanita scuba

82602 Women Pants/Seluar Perempuan slack mini bootcut wanita scuba

Must Watch Video

Advertisement