Skip to main content

Hiburan

V BTS Dedah Sudah 2 Tahun Alami Masalah Pendengaran, Makin Parah Lepas Sertai Khidmat Tentera

V BTS Dedah Sudah 2 Tahun Alami Masalah Pendengaran, Makin Parah Lepas Sertai Khidmat Tentera

Sekilas

  • V dari BTS mendedahkan dia mengalami masalah pendengaran sejak lebih dua tahun lalu dan kini sedang mendapatkan rawatan perubatan.
  • Masalah pendengaran V semakin teruk semasa menjalani khidmat tentera di Korea Selatan, manakala Jungkook pula mengalami kecederaan tulang kering akibat tekanan.
  • BTS sedang meneruskan jelajah dunia mereka sehingga Mac tahun depan dengan persinggahan di beberapa bandar utama seperti Los Angeles, Bangkok, dan Sydney.
Advertisement

Salah seorang anggota kumpulan K-pop popular, BTS, V mendedahkan dirinya telah mengalami masalah pendengaran sejak lebih dua tahun lalu.

V, 30, berkata dia kini mendapatkan rawatan perubatan bagi masalah tersebut ketika tampil dalam sesi siaran langsung di platform peminat Weverse, Rabu lalu.

Advertisement

Ketika sesi berkenaan, V ditemani seorang lagi anggota BTS, Jungkook. Menurut V, masalah pendengarannya menjadi semakin teruk ketika menjalani khidmat tentera di Korea Selatan.

“Saya tidak pernah memberitahu ARMY mengenai perkara ini sebelum ini, tetapi saya rasa sudah kira-kira dua setengah tahun. Pendengaran saya semakin teruk.

“Kalau sebelah telinga boleh mendengar pada tahap 100, telinga yang satu lagi saya hanya mampu mendengar sekitar 30,” katanya seperti dilaporkan The Independent.

Pengakuan tersebut dibuat ketika BTS kini  menjayakan Arirang World Tour, jelajah dunia yang sangat dinanti-nantikan peminat dan dijadualkan berlangsung sehingga Mac tahun depan.

V turut menceritakan bagaimana keadaan pendengarannya semakin terjejas ketika berada dalam kem tentera.

“Ia menjadi sedikit lebih teruk ketika saya berada dalam tentera. Disebabkan saya dikelilingi ramai orang yang banyak melakukan latihan fizikal, semua orang berkata, ‘Ini soal kekuatan mental.’

“Selepas itu, saya sendiri mula percaya bahawa masalah ini hanyalah berkaitan kekuatan mental,” ujarnya.

Mendengar kenyataan tersebut, Jungkook terus menegur V. “Jangan buat begitu,” kata Jungkook.

Dalam sesi sama, Jungkook turut mendedahkan dia sendiri sedang berdepan kecederaan pada tulang kering yang hampir menyerupai patah akibat tekanan (stress fracture). Kecederaan tersebut menyebabkan keradangan yang ketara selain terdapat kemungkinan kerosakan mikro pada tulang.

Walaupun kecederaan itu menjejaskan persembahannya, Jungkook berkata dia akan menguruskannya dengan berhati-hati supaya dapat meneruskan jelajah berkenaan dengan selamat sehingga selesai.

“Saya kerap pergi ke hospital,” kata V ketika bercakap mengenai rawatan yang diterimanya.

Untuk rekod, V menyertai latihan ketenteraan pada 2023 sebelum menamatkan perkhidmatannya pada Jun 2025.

Di Korea Selatan, lelaki yang memenuhi syarat kesihatan diwajibkan menjalani khidmat ketenteraan antara 18 hingga 21 bulan di bawah sistem kerahan tenaga negara tersebut.Berita mengenai masalah kesihatan V itu nyata mengundang kebimbangan dalam kalangan ARMY.

Menerusi perbincangan dalam talian, seorang peminat berkata masalah kehilangan pendengaran boleh memberi kesan besar kepada kehidupan seseorang dan berharap V serta anggota BTS yang lain dapat memberi lebih perhatian terhadap kesihatan mereka selepas tamat jelajah.

Seorang lagi peminat pula menyifatkan keadaan itu sebagai sesuatu yang sukar, terutama bagi penyanyi yang sememangnya terdedah kepada masalah pendengaran akibat bunyi bising.

Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, BTS bakal meneruskan jelajah dunia pertama mereka dalam tempoh empat tahun ke beberapa bandar utama dunia.
Antara lokasi yang bakal menjadi persinggahan mereka termasuk Los Angeles, Buenos Aires, Bangkok, Sydney dan Hong Kong.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement